Bisnes Fotografi Susah Dan Mahal?
Bisnes Fotografi Sangat Mudah Dimulakan!
Hampir setiap minggu ada saja majlis pertunangan, perkahwinan dan event yang diadakan bergantung dengan kawasan anda tinggal. Pendek kata, bukan anda yang perlu mencari klien tetapi klien itu yang akan mencari anda sendiri. Ini bermakna, bisnes fotografi mudah untuk mendapatkan pelanggan, cuma persaingan dengan jurufotografi lain saja perlu diambil perhatian.
Anda masih tak percaya? Berikut ialah anggaran purata bayaran khidmat fotografi yang dikenakan di Malaysia:
Engagement – RM600 – RM1,000
Wedding (basic) – RM800 – 1,200
Wedding (standard) – RM1,500 – RM2,500
Wedding (vip) – RM3,500 – RM7,000
Birthday party (basic) – RM600
Birthday party (standard) – RM1,200
Potrait (per session/2 hours) – RM500 – RM1,000
Product (per item) – RM100 – RM300
Product (full set) – RM1,000 – RM 5,000
Event (half-day) – RM400
Event (full-day) – RM800
Universities/colleges graduation (per student) – RM150 – RM300
Kindergarten graduation (per student) – RM50 – RM80
Staff profile (per staff) – RM50 – RM100
Sebagai contoh – keuntungan Fotografi untuk Majlis Konvokesyen
Seorang siswazah anda caj RM200 untuk graduation potrait termasuk gambar bersaiz 8R dan frame + glass.
Untuk majlis konvokesyen sesuatu tahun itu, terdapat 1,000 orang pelajar berjaya bergelar siswazah di universiti tersebut. Anda mendapat bayaran RM200,000!!! Tolak kos peralatan kamera, strobe set, backdrop, cetakan dan framing anda masih boleh untung kira-kira RM50,000!!!
Tidak mustahil untuk mendapat projek fotografi graduasi sekiranya anda bijak mencari peluang tender dan pandai cara meletakkan sebut harga. Fotografi ialah satu industri baru yang semakin pesat berkembang setiap tahun. Daripada perkahwinan sehingga ke konvokesyen, anda berpeluang untuk menceburinya sekiranya anda tahu langkah-langkah yang betul untuk bermula dan mengembangkannya.
Kerja sehari kenyang sebulan! Itu untuk fotografi pekahwinan. Jika anda dapat projek fotografi majlis konvokesyen, bukan setakat kaya sepanjang tahun, malah anda boleh beli kereta baru secara tunai. Tidak pun anda boleh beli rumah kos sederhana yang baru!
Berbeza dengan kerja bergaji anda perlu berulang-alik ke tempat kerja setiap hari, kerja membosankan, kena marah dengan bos, minyak kereta yang mahal dan bermacam-macam lagi cabaran hidup. Tapi gaji masih tak cukup untuk menampung keperluan hidup anda.
Dengan RM1,200 sahaja anda boleh dapatkan set kamera DSLR (jenis beginner) termasuk manual speedlite. Dua benda ini sahaja sudah cukup untuk anda lakukan beberapa kerja fotografi seperti wedding, engagement, event, birthday party dan lain-lain.
Permintaan semakin meningkat tetapi penawaran masih tidak berubah. Itulah realiti industri fotografi di Malaysia, tak cukup jurufoto. Pada hari ini, adalah amat sukar untuk seseorang mendapatkan khidmat fotografi tanpa membuat tempahan 2 atau 3 bulan lebih awal.
Masih bersekolah? Lepasan SPM? Belajar di IPT? Menganggur? Bekerja? – tiada perbezaan langsung kerana sesiapa sahaja yang ada minat dengan fotografi boleh melakukannya.
7 Rahsia Memulakan Bisnes Fotografi Untung RM50K Sebulan
Saya bukan seorang Fotografer tetapi saya banyak membaca dan mengenali jurufoto yang berjaya. Dan, sejujurnya saya cemburu dengan kejayaan dan hasil kerja mereka. Siapa tak cemburu? kita kerja sebulan dapatlah gaji RM3000 sebulan, mereka sehari saja dah dapat RM7000. Memang menguntungkan!
![]() |
Credit To – Elih Qaboox |
Sebagai contoh terdekat, seorang sahabat saya bernama Elih Qaboox. Pasti anda terkejut dengan nama beliau yang sama dengan nama saya kan? Inilah keistimewaan apabila mempunyai nama yang unik dan mungkin kami berdua sahaja yang mempunyai nama ini di Malaysia. Beliau bernaung dibawah Bayo Pictures Sdn Bhd sebagai Jurufotografi terkenal di daerah Kudat, Sabah.
Selain mengambil gambar perkahwinan, pertunangan, dan event yang selalu diadakan oleh Persatuan Momogun Rungus Sabah (SAMORA), beliau juga aktif menjadi jurugambar atau kameraman untuk Telenovel tempatan dibawah syarikatnya. Sentuhan beliau memang hebat!
Jadi, dimana 7 Rahsia Memulakan Bisnes Fotografi yang boleh menjana keuntungan sehingga RM50,000 sebulan itu? Ebook Bisnes Fotografi ini, menerangkan bermula A sehingga Z tentang bisnes fotografi yang anda minati itu, ilmu yang dikongsikan didalam Ebook ini pasti memberikan anda panduan dan semangat memulakan bisnes fotografi dengan jayanya.
Sebelum anda membaca Ebook panduan Bisnes Fotografi ini, nikmatilah pemandangan matahari terbenam (sunset) terlebih dahulu. Tenangkan diri kerana tak lama lagi anda bakal sibuk mengetik gambar untuk bisnes anda.
Semoga berjaya dalam karier anda..