Laman Web Jual Alat Pancing Murah Di Malaysia. Laman Web Jual Alat Pancing Murah Di Malaysia. Bagi anda yang gemar memancing, kelengkapan memancing adalah keperluan wajib untuk dibeli. Kalau tak beli, macam mana nak memancing ikan kan? Perambut boleh dibuat sendiri atau D.I.Y tetapi tali perambut perlu dibeli juga. Pendek cerita, memancing pun perlukan modal untuk membeli kelengkapan khas untuk pancing.
Saya ada ramai rakan-rakan suka memancing, sebab saya pun memang suka memancing ikan. Hobi ini memang hobi yang ‘mahal’, lebih kurang dengan hobi bermain boling tetapi masih murah berbanding hobi bermain golf. Memancing ikan tidak memerlukan peralatan yang berjenama untuk menaikkan ikan, tetapi jenama menentukan kualiti sesetengah rod dan reel yang kita gunakan.
Dimanakah Hendak Beli Alat Pancing Murah?
Ada ramai kaki pancing yang menjadikan hobi mereka menjadi peluang perniagaan. Mengapa mereka terfikir untuk buka bisnes jual alat pancing ni? Ada seorang sahabat kata, dia mula buat bisnes jual alat pancing selepas dia tahu Cara Borong Produk Murah Dari China. Maksudnya, dia tahu mana lubuk dapatkan alat-alat pancing murah dari luar negara yang boleh dijual dengan harga pasaran di Malaysia dengan keuntungan 10 hingga 50 peratus daripada harga borong.
Baiklah, saya akan cuba kongsikan dengan anda 5 laman web E-commerce yang menjual alat-alat pancing samada Fishing Reel, Fishing Rod, atau Fishing Equipment dengan harga yang murah. Antara laman web E-commerce tersebut adalah:
1 – Lazada Malaysia
Laman web E-commerce yang paling popular di Malaysia adalah Lazada. Terdapat puluhan ribu produk yang dijual disini samada dari dalam negara atau luar negara. Pilihan memang terlalu banyak! Jika kena pada waktu promosi, anda boleh dapat potongan harga sehingga 80% daripada harga asal.
2 – SGshop Malaysia
Laman web E-commerce yang baru diperkenalkan di Malaysia ini mula beroperasi di Singapura, dan kini melebarkan sayapnya di Johor Bharu. SGshop Malaysia merupakan Agen Taobao China. Pembelian dari laman web ini memang mudah dan lebih murah. Untuk cara pembelian di SGshop Malaysia, boleh rujuk artikel ini – Shopping Murah Terus Dari China Dengan SGshop
Baca juga – 11 Perkara Anda Perlu Tahu Sebelum Membeli Di SGshop Malaysia
3 – 11street Malaysia
Laman web E-commerce, 11street Malaysia ni memang popular di Malaysia. Kebanyakkan partner yang menjual dilaman web E-commerce ini merupakan peniaga didalam negara kita. Ada syarikat penjual dan ada juga agen dropship yang berdaftar. Jika kena pada waktu promosi, diskaun memang sentiasa ada. Anda boleh saja ‘subscribe newsletter ‘ 11street dan tunggu promosi atau kod baucer potongan harga.
4 – Zmall Malaysia
Laman web E-commerce Zmall Malaysia juga merupakan agen produk daripada China. Kebanyakkan produk yang dijual di Zmall ditempah terus dari Malaysia dan pengeposan barangan anda akan dilakukan dari China terus kepada kita.
5 – Qoo10 Malaysia
Laman web E-commerce Qoo10 Malaysia merupakan laman e-commerce syarikat Giosis Sdn Bhd. Syarikat ini adalah ‘joint ventures’ yang ditubuhkan bersama ebay, iaitu laman web ‘marketplace’ yang terbaik didunia. Harga produk pancing yang dijual disini memang murah, ianya produk luar negara yang murah.
Saya percaya, masih ada lagi laman web E-commerce lain yang menjual peralatan memancing ni. Walaubagaimanapun, 5 pilihan diatas ini saja yang pernah saya beli online dan puas hati dengan produk dan penghantaran bungkusan yang terbaik.
Penyenaraian laman web diatas tidak bermakna penjual-penjual online di Fan Page Facebook atau di Instagram tak bagus, cuma membeli dilaman web yang terpecaya ramai adalah mengelak daripada kes penipuan yang selalunya terjadi di laman sosial pada masa kini. Jika mahu buat pembelian online, pastikan melihat terma dan syarat pembayaran, penghantaran dan pengembalian wang jika berlaku kejadian yang tidak diingini.
harap suami sy x meneruskan hobi ni, sehingga la nanti ada ruang tahun yang sesuai
Tahun ni x sesuai ke puan? hehe..
kaki pancing memang suka bab barang pancing murah ni
Tu lah, asik mau beli jak. Pergi memancingnya jarang. Haha.