March 22, 2023

5 Cara Mencegah Serangan WannaCry Ransomware

Cara Mencegah Serangan WannaCry Ransomware. Dengan keganasan malware yang menyerang siber seluruh dunia sekarang ini, pastinya ramai yang tercari-cari cara untuk mengelakkan serangan WannaCry Ransomware yang menggunakan teknik ‘wang tebusan’ dalam bentuk Bitcoin (matawang siber).
5 Cara Mencegah Serangan WannaCry Ransomeware
Malware WannaCry Ransomeware | Sumber 
Untuk lebih memahami apa itu malware WannaCry Ransomware, anda boleh baca sini – Apa itu WannaCry Ransomeware.
5 Cara Mencegah Serangan WannaCry Ransomware

Sebagai langkah keselamatan, anda boleh melakukan 5 cara dan langkah-langkah pencegahan daripada serangan malware WannaCry Ransomware ini:
1 – Mengambil langkah pengukuhan bagi kelemahan MS17-010 pada sistem operasi Microsoft Windows. 

Rujuk pautan ini – https://technet.microsoft.com/en-us/library/security/ms17-010.aspx


2 – Sentiasa memastikan dan mengemaskini perisian sistem operasi dan aplikasi kepada versi yang terkini.
3 – Memastikan Anti-Virus yang sahih dipasang pada komputer dan memastikan Anti-Virus sentiasa dikemaskini.
4 – Meningkatkan kesedaran keselamatan siber dalam penggunaan emel bagi mengelakkan ancaman ini disebar melalui fake phishing email. 

Sebagai contoh, mengelakkan dari memuat-turun fail dari emel yang tidak dapat dikenalpasti dan juga sentiasa menyemak alamat emel yang diterima.


5 – Antara langkah utama bagi mengelakkan ancaman ini adalah melakukan off-site backup secara lebih kerap bagi peranti yang memiliki data dan maklumat kritikal. Ini antara langkah yang paling utama yang disarankan secara global oleh pakar-pakar keselamatan siber.
Semoga membantu anda nanti.

3 thoughts on “5 Cara Mencegah Serangan WannaCry Ransomware

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *