May 31, 2023

5 Bisnes Modal Rendah Anda Patut Cuba Ketika Bulan Ramadhan

5 Bisnes Modal Rendah Anda Patut Cuba Ketika Bulan Ramadhan | Hari ini kita masuk ke bulan Rejab mengikut calendar Islam. Maksudnya, tinggal 2 bulan saja lagi kita untuk sampai ke bulan Ramadhan. Tahun ini, kita berpuasa awal sikit pada minggu pertama bulan Mei 2019. Moga-moga kita dapat bertemu dengan keluarga, saudara mara dan rakan-rakan untuk tahun ini, kena banyakkan berdoa.
5 Bisnes Modal Rendah Anda Patut Cuba Ketika Bulan Ramadhan
Apabila dah masuk bulan Rejab ni, ramai usahawan dan para peniaga akan mula mengatur strategi untuk “Projek Raya” mereka. Ramai yang dah planning promosi dan dan iklankan tempahan awal untuk menarik prospek membeli produk mereka.

Kedai-kedai Printing dan mula OFFER special package buat kad raya dan juga sampul duit raya.

Kedai-kedai jahit dah mula ambil ORDER untuk tempahan baju raya.

Kedai-kedai butik dah START keluarkan katalog baju raya.

Peniaga KUIH MUIH raya pula dah start buat sample dan rekrut agen untuk ambil order.

Geng-geng borong dan mula start KUMPUL ORDER untuk import secara besar-besaran barang-barang keperluan raya.

Geng-geng bazar Ramadhan dah bersiap sedia untuk menempah tapak-tapak bazar Ramadhan yang HOT!

5 BISNES MODAL RENDAH UNTUK BERNIAGA BULAN RAMADHAN
Jadi, jika korang pun dah plan untuk buat sesuatu yang baru untuk “Projek Raya” tahun ini, maka sekarang adalah masa yang sesuai untuk korang mulakan plan tersebut.
Sebab itu, saya kongsikan dengan anda 5 bisnes yang ramai orang buat terbukti menguntungkan dan laris ketika bulan Ramadhan setiap tahun. Dibawah ini saya senaraikan 5 panduan yang mungkin sesuai untuk korang jadikan panduan bagi bisnes plan tahun ini.
1. Panduan Bisnes Air Balang 
Panduan ini memang dibuat khas untuk mereka yang mahu berniaga air balang di bazar Ramadhan. Penulis ebook ini, En. Mizan, mendedahkan rahsia dan teknik beliau, bagaimana dia boleh jana untung bersih RM7k dalam masa sebulan berniaga di bazar Ramadhan!
5 Bisnes Modal Rendah Anda Patut Cuba Ketika Bulan Ramadhan
Apa yang menariknya, beliau hanya jual 3 balang/jenis air sahaja! Tapi masih boleh untung kaw-kaw!
2. Panduan Bisnes Tudung 
Memang tak perlu cakap la! Bila masuk je bulan Ramadhan, permintaan tudung, secara automatik akan naik 3-4x ganda dari bulan biasa!
5 Bisnes Modal Rendah Anda Patut Cuba Ketika Bulan Ramadhan
Sebab itulah Pn Madihah boleh untung RM15k sebulan walaupun takde kedai dan hanya menjual tudung secara online sahaja. Boleh dapatkan panduan ini untuk tahu strategi beliau menjual tudung!
3. Panduan Bisnes Bakeri / Kuih 
Bisnes kuih ini unik sikit, bulan Ramadhan permintaan sangat tinggi, dan lepas Ramadhan pun juga tetap tinggi! 
5 Bisnes Modal Rendah Anda Patut Cuba Ketika Bulan Ramadhan
Sebabnya, bila masuk bulan Syawal, berlambak-lambak orang akan buat open house pula, jadi tempahan kuih tu akan terus meningkat dan selalunya memang tak cukup tangan kalau nak ambil semua order. Terpaksalah pas order tu kepada kawan-kawan bakeri yang lain pula.
4. Panduan Import Barang China Secara Online 
Dari barang pakaian seperti baju, kasut, kerongsang, butang baju… hinggalah kepada barang hiasan rumah seperti langsir, alas meja, kusyen, bekas kuih dan sebagainya. Semuanya boleh diimport dari china pada harga borong. 
5 Bisnes Modal Rendah Anda Patut Cuba Ketika Bulan Ramadhan
Kalau sebelum ni anda asyik ambil barang dari pemborong tempatan, apa kata tahun ni cuba try ambil barang direct terus dari china pula. Selalunya, harganya lebih murah!
5. Panduan Bisnes di Shopee 
Bila masuk bulan ramadhan, memang inilah lubuk & syurga membeli-belah orang Malaysia secara online!
5 Bisnes Modal Rendah Anda Patut Cuba Ketika Bulan Ramadhan
Lagi-lagi ketika bulan puasa, ramai orang tak larat nak pusing dan tawaf supermarket untuk beli barang, orang lebih suka duduk di rumah dan klik-klik je untuk beli barang.
Tambahan lagi, pihak shopee juga akan buat promosi kaw-kaw punya untuk tarik orang membeli-belah di website mereka sempena musim perayaan. Jadi, memang untunglah orang yang berniaga kat shopee ni!
Itulah antara beberapa panduan yang dapat saya kongsikan dengan korang. Manalah tau ada yang boleh membantu korang untuk jalankan “Projek Raya” tahun ini!
Tapi, kalau nak tengok panduan yang lain-lain lagi… boleh juga komen dibawah entri ini. Saya bantu korang dapatkan panduan tersebut!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *