4 Kelebihan Bekerja Di Singapura | Dengan keadaan ekonomi yang kian meruncing sekarang ni, rakyat seharusnya tidak perlu mengharap untuk mendapat pekerjaan dalam sektor Kerajaan. Semakin hari, semakin ramai graduan IPTA/IPTS yang menghabiskan pengajian. Ini bermakna, Persaingan merebut kekosongan jawatan dalam sektor awam terlalu banyak.
Mungkin Panduan Lulus Temuduga Kerja Kerajaan ini boleh membantu anda, tetapi ianya bergantung kepada pengalaman bekerja, keterampilan dan keperibadian anda apabila dinilai oleh penemuduga nanti. Usah mengharap sangat! ada haluan kerjaya yang mungkin lebih baik sudah ditetapkan untuk anda olehNya.
Kali ini, saya ingin berkongsi dengan anda 4 Kelebihan Bekerja Di Singapura. Sebenarnya, ada banyak kelebihan apabila anda bekerja di Singapura. Berikut adalah beberapa kelebihan lain selain dari kelebihan bergaji 3X ganda lebih besar.
1. Pendapatan Meningkat Setara Dengan Kenaikan Nilai Matawang
Singapura adalah merupakan negara yang maju. Kedudukan ekonomi mereka sangat stabil dan sentiasa mengukuh dari semasa ke semasa. 2 tahun lepas, jika gaji anda berjumlah SG 1,000 sebulan.. maka, pendapatan anda ialah RM2,600, tetapi kini, jika gaji anda masih SGD 1,000.. pendapatan anda dalam ringgit malaysia ialah RM3,100. Tanpa perlu menunggu kenaikan gaji dari majikan anda.. gaji anda sudahpun bertambah!
2. Gaji Tinggi, Kos Hidup Rendah!
Anda pasti pernah mendengar tentang peluang pekerjaan memetik buah di Australia yang pernah hangat suatu ketika dulu… gaji yang ditawarkan, memang sangat lumayan.. RM15,000 sebulan katanya. Tapi, untuk bekerja di Austarlia, maka anda perlu tinggal di Australia juga. Ini menjadikan kos sara hidup anda juga tinggi. Jadi, ianya tidak memberikan anda apa-apa kelebihan pun sebenarnya.
Berbanding bekerja di Singapura, anda masih boleh menetap di Malaysia walaupun anda bekerja di negara maju (Singapura). Kos sara hidup rendah, tetapi gaji anda tinggi!
3. Mudah Berpatah Balik!
Berbalik kepada contoh bekerja sebagai pemetik buah di Australia, apabila di selidiki, pelbagai risiko lain boleh berlaku. Anda mungkin akan “dijual” oleh agen anda malahan ada juga majikan yang tidak mahu membayar gaji seperti yang dijanjikan! Jika semua kecelakaan ini berlaku, maka, untuk anda berpatah balik dan pulang ke Malaysia juga adalah sangat rumit dan sukar. Kos penerbangan untuk pulang ke Malaysia sahaja sudah memerlukan wang beberapa ribu ringgit. Akhirnya, anda terpaksa merempat di negara orang.
Berbanding jika anda bekerja di Singapura, jika apa-apa berlaku kepada anda… anda hanya perlu naik bas dan membayar tambang kurang dari RM50 untuk pulang semula ke Malaysia. 🙂
4. Sah & Kurang Risiko!
Apabila anda bekerja di Singapura, anda akan bekerja secara sah dengan menggunakan permit kerja yang dikeluarkan oleh Ministry of Manpower (Singapura). Anda kenal majikan anda dan ada dokumen perjanjian. Anda akan dilindungi oleh undang-undang buruh daripada penipuan majikan.
Tiada isu majikan tidak membayar gaji seperti mana yang berlaku di negara-negara lain yang mana, anda masuk dan bekerja secara haram. Apabila anda bekerja tanpa permit, pihak majikan berani untuk tidak membayar gaji kerana mereka tahu, anda tidak akan mampu berbuat apa-apa sebab anda tiada permit kerja. Jika anda membuat laporan polis sekalipun, mereka tidak akan mengendahkan anda, kerana, dari sudut perundangan, anda tiada permit kerja dan anda tidak bekerja.
Itulah antara kelebihan bekerja di Singapura. Jika anda berminat bekerja di Singapura, ada panduan khas untuk anda bermula dari A hingga Z. Panduan lengkap Mencari Kerja dan Bekerja Di Singapura ini sudah membantu ramai orang dan kini giliran anda pula!
Jangan kata abang tak payung, download sekarang!
Nak keje lah kat sana matawang pun uds…doktor sini dlm 15k…doktor d singapore hampir 30k …
SGD bro..bukan UDS hehe. Singapore Dollar. Sekarang ni SGD1 = RM3.16
abg sy keje di singapura… da lbh 10 thn rs nyer… tgk hidup dia pun byk da berubah… ms bujang x pakai kereta. da kawen keje pun bgs (agk nyer) trs tkr triton hahaha
Besarnya gaji….pindah singapura jak agik cik akak
Okay jak..janji tau macam mana prosidur dan caranya. Ada SPM atau Diploma lagi mahal gaji.
Wah.
Maksudnya kerja di singapura memang bagus utk masa depan jugak.
Memang best kalau kerja kat Singpura. Dibayar dollar. Kalau tukar duit Malaysia.. Fuh lumayan beb
Cuma kena hati-hati la. Sekarang ni banyak con-man. Kena ada panduan baru la selamat sikit
Tak payah pakai agen kot. Boleh pergi sendiri ke singapore. Tak ada lah risiko ditipu nanti.
Panduan ini akan menerangkan segalanya. Rugi kalau tak dapatkannya.
memanguntung time2 camni dapat kerja sana
Itulah teringin juga nak feel bekerja kat negara jiran
ye, matawang Dollar Singapore semakin naik..kalau berminat boleh sgt kerja disana
gaji kat singapura agak besar.. balik malaysia jadi org kaya. hehe
luamayan gaji di sinagpura, tetapi kena pandai juga memilih pekerjaan yang sesuai dengan keahlian kita. Kerja tentu kena rajin tak boleh malas-malas.
Adik saya pernah kerja di Singapura.. Abangnya jadi blogger dan perunding takaful ok la
terbaik..jadi tukang cuci pun gaji terbaik..