May 31, 2023

36 Jenis Penyakit Kritikal Dilindungi Takaful SSPN-i Plus

Ramai yang bertanya dengan saya, apa kelebihan simpanan SSPN-i Plus ni? Kalau simpan dengan PTPTN ni tak kena CCRIS juga kah kalua tak deposit setiap bulan untuk simpanan? Semua persoalan ini akan saya jelaskan dalam artikel kali ini. Termasuk 36 jenis penyakit kritikal yang dilindungi takaful tanpa saringan kesihatan.
Kelebihan Menyimpan Dalam SSPN-i Plus?
Dalam blog ini, saya dah explain manfaat dan kelebihan menyimpan dalam SSPN-i Plus. Taip saja dekat ruangan carian ditepi sidebar tu, artikel tu akan keluar atau baca terus  dibawah.

Baca – Manfaat Dan Kelebihan Menyimpan Dalam SSPN-i Plus

Secara basicnya, simpanan SSPN-i Plus lebih kepada simpanan pendidikan anak. Namun, dengan inisiatif kerjaan membantu rakyat yang hilang punca pencarian keluarga, misalnya kematian pendeposit iaitu Ibu dan Bapa. Setelah kematian, anak-anak memang tak akan dapat meneruskan simpanan dan menampung keperluan pendidikan mereka. Oleh itu, dengan adanya simpanan SSPN-I Plus kematian pendeposit akan diberikan pampasan dengan jumlah yang ditentukan dalam takaful mengikut pakej simpanan atau pelan simpanan yang diambil.
SSPN-i Plus – 4 Dalam 1

Kenapa 4 dalam 1?
36 Jenis Penyakit Kritikal Dilindungi Takaful SSPN-i Plus
Yup, SSPN-I Plus mempunyai 4 kelebihan utama yang semua orang tak boleh tahan! Apakah 4 perkara itu?
  1. Manfaat Simpanan
  2. Manfaat Penjimatan Cukai Tahunan
  3. Manfaat Perlindungan
  4. Cabutan WOW!

Cukup tak 4 ni? Ada banyak lagi yang tak tertulis disini. Antaranya adalah bayaran masuk wad, khairat kematian, dan sebagainya.

Penyakit Apa Yang Dilindungi Takaful SSPN-I Plus?

Soalan ini akan selalu diajukan oleh ibu bapa yang berminat untuk menyimpan dalam SSPN-I Plus. Penyakit kritikal ini mungkin tidak dihidapi tetapi mungkin ada yang yang sedang menghidapi salah satu penyakit kritikal ini. 
Persoalannya, adakah anda layak jika sedang menghidapi penyakit kritikal ini?
36 Jenis Penyakit Kritikal Dilindungi Takaful SSPN-i Plus
Jawapannya, ya. Sekiranya anda membuka akaun SSPN-I Plus untuk anak anda, anda boleh mula membuka akaun dan menyimpan seawall 1 hari selepas dilahirkan dengan syarat sudah ada Sijil Kelahiran yang sah.
Buka akaun SSPN-I Plus secara online dan bayar menggunakan kredit kad, online transfer atau debit kad. Anda boleh juga datang terus ke kaunter PTPTN untuk membuka akaun ini.

Baca – Cara Menambah Simpanan SSPN-i Plus Secara Online

Saringan kesihatan? TIADA. Anda layak menyimpan dan dilindungi perlindungan takaful bagi 36 jenis penyakit kritikal dibawah ini:

  1. Penyakit Alzheimer / Demensia Teruk
  2. Angioplasti dan rawatan invasif yang lain untuk penyakit arteri koronari
  3. Meningitis Bakteria – mengakibatkan ketidakupayaan kekal untuk melakukan Aktiviti Kehidupan Harian
  4. Tumor Otak Benign – keterukan tertentu
  5. Buta – Kekal dan Tidak Boleh Pulih
  6. Pembedahan Otak
  7. Kanser – keterukan tertentu dan tidak melindungi kanser tahap awal
  8. Kardiomiopati – keterukan tertentu
  9. Anemia Aplasia Kronik – mengakibatkan kegagalan kekal Sumsum Tulang
  10. Koma – mengakibatkan defsit neurologi kekal dengan simptom klinikal yang berterusan
  11. Pembedahan Pintasan Arteri Koronari
  12. Pekak – Kekal dan Tidak Boleh Pulih
  13. Ensefalitis – mengakibatkan ketidakupayaan kekal untuk melakukan Aktiviti Kehidupan Harian
  14. Kegagalan Hati Tahap Akhir
  15. Penyakit Paru-paru Tahap Akhir
  16. AIDS dengan Gejala Penuh
  17. Hepatitis Virus Fulminan
  18. Serangan Penyakit Jantung – keterukan tertentu
  19. Pembedahan Injap Jantung
  20. Jangkitan HIV Melalui Transfusi Darah
  21. Kegagalan Buah Pinggang – memerlukan dialisis atau transplan buah pinggang
  22. Kehilangan Upaya Hidup Sendiri (berdikari)
  23. Hilang Keupayaan Bertutur
  24. Trauma Kepala Major (teruk) – mengakibatkan ketidakupayaan kekal untuk melakukan Aktiviti Kehidupan Harian
  25. Transplan Organ Utama / Sumsum Tulang
  26. Penyakit Neuron Motor – mengakibatkan defsit neurologi kekal dengan simptom klinikal yang berterusan
  27. Sklerosis Multipel
  28. Distrof Otot
  29. Kelumpuhan Anggota
  30. Penyakit Parkinson – mengakibatkan ketidakupayaan kekal untuk melakukan Aktiviti Kehidupan Harian
  31. Hipertensi Arteri Pulmonari Primer – keterukan tertentu
  32. Penyakit Koronari Arteri Yang Serius
  33. Strok / Angin Ahmar – mengakibatkan defsit neurologi kekal dengen simptom klinikal berterusan
  34. Pembedahan Aorta
  35. Lupus Eritematosus Sistemik dengan Komplikasi Buah Pinggang yang Teruk
  36. Kelecuran Tahap Ketiga – keterukan tertentu

Mungkin ada yang masih ragu-ragu !
Dibawah ini adalah keratan akhbar yang diiklankan oleh PTPTN semasa menyerahkan wang pampasan kematian akibat penyakit kritikal. Tujuan utama perkara ini diwar-warkan adalah untuk memberikan kesedaran kepada masyarakat Malaysia tentang pentingnya simpanan pendidikan yang dilindungi takaful yang hanya 1 di Malaysia dan mungkin hanya 1 di dunia.
36 Jenis Penyakit Kritikal Dilindungi Takaful SSPN-i Plus
Waris terima manfaat RM127,680 akibat kematian pendeposit yang disebab kanser hidung

36 Jenis Penyakit Kritikal Dilindungi Takaful SSPN-i Plus
Waris menerima RM507,650 akibat kematian pendeposit disebabkan serangan jantung
Jika anda berminat untuk membuka akaun SSPN-I Plus untuk anak-anak anda, boleh baca artikel saya dibawah untuk panduan yang lebih menyeluruh.

Baca – Cara Buka Akaun SSPN-I Plus Secara Online

Semoga perkongsian 36 Jenis Penyakit Kritikal Dilindungi Takaful SSPN-i Plus ini dapat membuka mata ramai pihak demi masa depan anak-anak yang lebih terjamin.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *