3 Jenis Insuran Kereta Dan Perbezaannya | Bulan yang lepas, saya terlibat dengan kemalangan jalan raya. Rasa takut untuk keluar simpang masih ada, bukan fobia atau trauma tetapi rasa berhati-hati tu dah berubah menjadi 200%. Ingat ye, jika anda dilanggar kereta dari belakang disebabkan anda keluar simpang dengan cara yang cuai, bila anda buat laporan polis, polis akan kata anda yang salah kerana keluar simpang dengan cara yang merbahaya atau cuai. Insuran kereta anda yang akan menanggung kos pembaikan kereta yang melanggar dari belakang atau tepi.
![]() |
3 Jenis Insuran Kereta Dan Perbezaannya |
Apa yang selalu menjadi pertanyaan apabila kita membeli insuran kereta adalah manfaat dan perlindungan yang ditanggung dalam polisi insuran. Terdapat 3 jenis Insuran Kereta yang ditawarkan. Ketiga-tiga jenis polisi insuran ini mempunyai perbezaan yang jelas. Sebab itu, sebelum membeli polisi Insuran untuk kereta kita kena faham perlindungan apa yang insuran cover.
3 Jenis Insuran Kereta
3 jenis Insuran Kereta yang saya maksudkan adalah…
- Insuran Comprehensive (1st Party)
- Insuran Third Party
- Insuran Kebakaran & Kecurian
Perbezaan Insuran Kereta
Perbezaan bagi ketiga-tiga jenis insuran ini adalah mudah. Baca saja nama polisi insuran kereta tu pun dah boleh agak apa manfaat dan perlindungan yang disediakan. Tapi, saya akan terangkan dengan lebih mendalam apa perbezaan Insuran Kereta ini.
Insuran Comprehensive (First Party)
Insuran Comprehensive atau lebih mesra dipanggil First Party merupakan pakej insuran paling popular di Malaysia. Kebanyakkan pemandu mengambil polisi Insuran Comprehensive ini kerana insuran ini melindungi dan menyediakan perkhidmatan lain untuk kegunaan anda, seperti:
- Perkhidmatan Towing untuk kereta anda dan kereta orang yang melanggar/dilanggar.
- Membayar kos repair kereta sekiranya anda melanggar orang lain atau dilanggar orang lain.
- Membayar kos repair bagi kecuaian sendiri seperti kemalangan akibat tertidur, masalah brek, terlanggar pagar atau sebagainya.
- Menyediakan Towing & Assist sekiranya kereta anda kemalangan/breakdown. Assist ini juga termasuk masalah kereta seperti bantuan bateri kereta, tayar pecah dan kerosakan minor.
- Terdapat perlindungan tambahan iaitu banjir, rusuhan, audio,cermin dan passenger liability.
- Tuntutan harian/elaun untuk setiap hari anda tidak menggunakan kereta yang dalam proses repair
Banyak kan? sebab itu anda digalakan mengambil Insuran Comprehensive (Fisrt Party). Lain lah kalau kereta anda sudah berusia atau hampir 20 tahun. Insuran Comprehensive (First Party) tidak akan cover kereta yang berusia 20 tahun.
Dibawah ini ada 2 contoh Coverage bagi Insuran Comprehensive/First Party…
![]() |
Perlindungan Insuran First Party Daripada Allianz |
![]() |
Perlidungan Insuran First Party Daripada Zurich |
Insuran Third Party
Insuran Third Party merupakan Insuran Kereta untuk kerosakan kereta pihak ketiga sahaja. Ini bermakna, tidak akan ada tuntutan daripada anda untuk repair kereta (melainkan kos anda bayar sendiri) anda kerana Insuran ini hanya membayar kos repair untuk kereta yang anda langgar.
Dibawah ini, saya terangkan satu persatu agar mudah anda nak faham..
- Membayar kos repair kereta yang anda langgar. Kos repair kereta anda sendiri, anda bayarlah sendiri sebab insuran tak cover kereta anda.
- Menyediakan Towing untuk kereta yang anda langgar.
![]() |
Perlidungan Insuran Third Party Takaful Malaysia |
Insuran Kebakaran & Kecurian
Untuk pengetahuan anda, Insuran Kereta jenis ini hanya cover untuk kebakaran dan kecurian sahaja. Jika berlaku kebakaran pada kereta anda, insuran akan bayar kos repair part yang rosak dan jika kereta dicuri, insuran akan bayar jumlah harga kereta yang diinsurankan. Walaubagaimanapun, ada sesetengah syarikat insuran yang menolak permohonan jika kereta anda masih dalam tempoh bayar loan dengan bank. Dan, of course lah insuran ini untuk kereta anda sendiri dan bukan kereta orang lain.
Kesimpulan
Memilih polisi insuran kereta adalah amat penting. Memang lah kita berusaha untuk mengelakkan kemalangan diatas jalan raya, tetapi ‘malang itu tidak berbau’. Walau macam mana sekalipun kita berhati-hati, pasti akan ada kecuaian berlaku pada bila-bila masa. Kereta kita tak ada insuran? roadtax tak akan dapat dikeluarkan. Tak ada roadtax, saman akan menyusul. Bila accident, kos repair pula ditanggung sendiri. Kereta orang lain yang dilanggar? tanggung lah sendiri. Bila habis tempoh setahun, kena pula pergi ke Puspakom untuk renew roadtax dan insuran, tak kah menyusahkan?
Insuran Kereta paling sesuai adalah Insuran Comprehensive/Insuran First Party. Biarpun agak mahal sedikit tetapi banyak manfaat dan kelebihannya. Untuk melihat sendiri senarai insuran kereta yang boleh di APPLY online , anda boleh ke laman web perbandingan ini – 3 Jenis Insuran Kereta Dan Perbezaannya
Semoga membantu.
baru tahu.. thanks share infonya
serius, best baca benda nih.
mesti ramai yang tak tahu ni.