21 Broker Saham Terbaik Bursa Malaysia | Ya! saya tahu ramai yang tengah cari broker saham terbaik di Malaysia sekarang ni. Maklumlah, banyak kaunter saham tengah naik sekarang ni, ada kaunter yang sampai 600% kenaikan sejak 6 bulan yang lepas. Lebih baik kita belajar melabur sekarang daripada berputih mata melihat rakan-rakan lain dah untung sehingga 1000% daripada modal pelaburan asal.
Jika dilihat pada peratusan kenaikan nilai saham bagi beberapa kaunter, nilai ini tidak akan dapat kita perolehi jika melabur ke dalam ASB, Unit Trust atau Fix Deposit. Namun, pelaburan bukan jaminan keuntungan sentiasa memihak kepada anda. Jika nilai susut, anda pastinya akan menanggung kerugian juga. Sebab itu, Teknik Analisa Jual-Beli Saham perlu dipelajari.
Tip Penting Sebelum Buka Akaun Saham (CDS)
Untuk permulaan pelaburan, anda perlulah mengetahui beberapa tip penting sebelum membuka akaun CDS anda.
- Perlu memahami return dan risk saham
- Perlu tahu jenis-jenis saham
- Perlu tahu broker patuh syariah dan tidak
- Perlu tahu bagaimana proses membuka akaun CDS saham
- Perlu ada modal permulaan melabur atau tidak
21 Broker Saham Terbaik Bursa Malaysia
Jika dah tahu, bagus..tetapi jika belum mungkin saya akan cuba terangkan pada artikel yang akan datang. Kali ini, mari kita kenali 21 broker saham dalam Bursa Malaysia yang boleh dipertimbangkan sebagai broker saham anda nanti.
- CIMB Investment Bank Bhd
- Maybank Investment Bank Berhad
- RHB Investment Bank Berhad
- Hong Leong Investment Bank Berhad
- AFFIN Hwang Capital
- Malacca Securities Sdn Bhd
- TA Securities Holdings Bhd
- Kenanga Investment Bank Bhd
- SJ Securities Sdn Bhd
- Public Investment Bank Bhd
- UOB Kay Hian Securities (M) Sdn Bhd
- Inter-Pasific Securities Sdn Bhd
- MIDF-Amanah Investment Bank Bhd
- BIMB Securities Sdn Bhd
- JF Apex Securities Bhd
- M & A Securities Sdn Bhd
- Alliance Investment Bank Berhad
- AM Investment Bank Berhad
- Mercury Securities Sdn Bhd
- FA Securities Sdn Bhd
- PM Securities Sdn Bhd
Semua senarai Broker Saham ini boleh didapati di laman web Bursa Marketplace
Mahu membuka akaun CDS dengan broker patuh syariah? Lihat senarai – 10 Broker Saham Patuh Syariah Di Malaysia
Semoga membantu.
ya..banyak membantu tuan..
jika nakkan perlindungan dan pelaburan..boleh cari saya..hehehe
Perkongsian baik tuan elih…main saham bnyak untung..hihi
Baik tuan. Hehe.
Jom main saham pulak tuan Lokman. Hehe.