May 31, 2023

1867 Kekosongan Latihan Separa Perubatan Lulusan SPM Januari 2017

Dimaklumkan bahawa Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) Malaysia akan menjalankan urusan pengisian jawatan kososng untuk Kementerian Kesihatan Malaysia. Oleh itu, calon yang berminat menceburi bidang perubatan dialu-alukan memohon jawatan ini kerana temuduga akan dijalankan dalam bulan Januari 2017 jika anda melepasi tapisan yang dijalankan.
Tahukah anda, terdapat 1867 kekosongan jawatan yang akan diisi dimana terbahagi kepada 2 iaitu Latihan Separa Perubatan Bertaraf Sijil dan Latihan Separa Perubatan Bertaraf Diploma. Kedua-dua latihan ini memerlukan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM/Sijil Vokasional Malaysia (SVM) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

Kekosongan Jawatan Tersebut Adalah

Latihan Separa Perubatan Tahun 2017
Latihan Separa Perubatan Tahun 2017
Latihan Separa Perubatan Bertaraf Diploma
  1. Jururawat
  2. Penolong Pegawai Perubatan
  3. Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran
  4. Juruteknologi Makmal Perubatan
  5. Juru X-Ray
  6. Jururawat (PSL)
  7. Juruterapi Pergigian
  8. Juruteknologi Pergigian
  9. Penolong Pegawai Farmasi
Kekosongan : 1673
Latihan Separa Perubatan Bertaraf Sijil
  1. Pembantu Pembedahan Pergigian
  2. Pembantu Kesihatan Awam
Kekosongan: 194

Syarat-Syarat Kelayakan 

Syarat-syarat kelayakan untuk permohonan Latihan Separa Perubatan Bertaraf Sijil dan Diploma ini boleh dirujuk melalui laman web rasmi SPA – Klik Sini
Calon lantikan terus haruslah berumur tidak kurang daripada 17 tahun tetapi tidak melebihi 25 tahun pada tarikh tutup permohonan. Manakala, pegawai yang sedang berkhidmat untuk Kenaikan Pangkat Secara Lantikan hendaklah berumur kurang daripada 51 tahun pada tarikh tutup permohonan.
Bagi calon yang layak, surat panggilan temuduga dan Ujian akan diberikan.

Tempoh Tutup Permohonan

Permohonan untuk jawatan ini boleh dilakukan sepanjang masa. Permohonan hanya boleh dilakukan melalui laman web rasmi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) dan tiada surat-menyurat diperlukan.
Calon yang telah memohon jawatan ini, tidak perlu memohon semula. Namun, permohonan haruslah masih dalam tempoh sah (1 tahun) pada tarikh tutup permohonan bagi panggilan Januari 2017.
Tarikh tutup permohonan adalah pada 15 Januari 2017(Ahad) pukul 11:59 malam.

Tempoh Menjalani Latihan Separa Perubatan

Selepas menduduki Ujian Separa Perubatan dan Temuduga, jika anda berjaya, anda akan menjalani latihan selama 3 tahun bagi Latihan Separa Perubatan Bertaraf Diploma. Manakala, 2 tahun bagi Latihan Separa Perubatan Bertaraf Sijil.
Latihan Separa Perubatan Bertaraf Diploma
  1. Jururawat
  2. Penolong Pegawai Perubatan
  3. Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran
  4. Juruteknologi Makmal Perubatan
  5. Juru X-Ray
  6. Jururawat (PSL)
  7. Juruterapi Pergigian
  8. Juruteknologi Pergigian
  9. Penolong Pegawai Farmasi
Tempoh Latihan: 3 Tahun
Biasiswa Latihan: RM835.57 Sebulan
Latihan Separa Perubatan Bertaraf Sijil
  1. Pembantu Pembedahan Pergigian
  2. Pembantu Kesihatan Awam
Tempoh Latihan: 2 Tahun
Biasiswa Latihan: RM755.06 Sebulan


Persediaan Ujian Separa Perubatan Dan Panduan Temuduga


Disini saya ingin kongsikan dengan anda, panduan Ujian Separa Perubatan dan tip temuduga yang berguna ketika anda berjaya terpilih nanti. Rezeki anda siapalah yang tahu kan? sedar-tak sedar Separa Perubatan inilah paling ramai kakitangan di Malaysia selepas Polis dan Tentera.
Apakah panduan yang saya katakan itu?
Panduan Temuduga Separa PerubatanLihat Panduan
Rujukan Peperiksaan Online Separa PerubatanLihat Rujukan

Rujukan dan panduan yang saya nyatakan diatas ini telah membantu ramai calon exam dan temuduga. Kini, tiba giliran anda mengubah nasib diri sendiri dan keluarga dengan sedikit pengorbanan. 
Semoga berjaya.

5 thoughts on “1867 Kekosongan Latihan Separa Perubatan Lulusan SPM Januari 2017

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *