18 Jenis Surat Perjanjian Yang Popular Cariannya Di Malaysia. Seringkali kita mendengar atau membaca berita di media massa tentang kes-kes penipuan yang berlaku pada masa sekarang. Bukan hanya berlaku kepada mereka yang berniaga tetapi banyak juga berlaku terhadap kita yang seringkali bersikap ‘terlalu baik hati’.
Terlalu mempercayai orang adalah punca kes-kes penipuan berlaku. Selain itu, ilmu tentang surat perjanjian juga tiada, inilah kelemahan yang selalu berlaku daripada kebanyakkan kita. Bila dah terkena tipu, baru lah terhegeh-hegeh nak cari bahan bukti nak dakwa atau laporkan kepada polis…usah ditipu lagi, ada alternatif terbaik untuk mencegah penipuan tersebut berlaku..anda perlukan Surat Perjanjian!
Kepentingan Surat Perjanjian
Alangkah baiknya jika ada surat perjanjian bagi sesuatu urusan itu? Mudah kita nak uruskan soal ganti rugi dan perkara-perkara yang tidak diigini berlaku. Sebab itulah, surat perjanjian itu sangat penting dan wajib ada untuk sesuatu urusan melibatkan ambil alih, sewa beli, pinjaman, sewaan dan sebagainya.
Koleksi Surat Perjanjian Popular
Kali ini, saya akan kongsikan dengan anda 18 Jenis Surat Perjanjian yang banyak dicari di Malaysia. Kebanyakkan contoh surat perjanjian ini melibatkan urusan sewaan dan kontrak.
Jika anda sedang mencari contoh surat perjanjian yang sesuai, berikut adalah beberapa contoh surat perjanjian:-
1. Surat Kebenaran Bawa Kenderaan – Surat ini juga boleh digunakan untuk memberi kebenaran seperti kebenaran memasuki kawasan, kebenaran kepada pihak sekolah dan sebagainya mengikut situasi yang bersesuaian.Surat ini merupakan surat rasmi bertujuan untuk membenarkan seseorang membawa kenderaan pemilik jika berlaku sesuatu dimana pemilik membenarkan seseorang meminjam kenderaan yang bukan hak milik peminjam. [ Lihat Contoh ]
2. Surat Kontrak Pekerja – Surat ini merupakan surat Rasmi dimana Surat ini sangat penting untuk diberikan kepada pekerja-pekerja.Kebanyakkan kita tidak membuat perjanjian kontrak dengan pekerja menyebabkan pekerja melanggar pelbagai kesalahan seperti berhenti kerja tanpa sebab, bercuti tanpa sebab, membocor maklumat syarikat dan sebagainya.Ini menyebabkan kita sukar untuk mengambil tindakan kerana tiada perjanjian bertulis. [ Lihat Contoh ]
3. Surat Perjanjian Baiki Barangan – Surat perjanjian ini melibatkan dua pihak dimana Pihak pertama adalah pemilik barang dan diserahkan kepada pihak kedua dan pihak kedua dikehendaki menyiapkan barang/kenderaan mengikut tempoh dan harga yang dipersetujui.Apa sahaja barangan yang melibatkan tempoh lama untuk dibaiki boleh digunapakai.Adalanya barang siap tidak dituntut dan tiada ruang kerana barang makin bertambah. Ada juga barang tidak disiapkan ikut tempoh. [ Lihat Contoh ]
4. Surat Perjanjian Beli Kenderaan – Surat ini merupakan perjanjian bila kita membeli kenderaan sama ada kereta, motosikal dan lain-lain.Kebanyakkan kita jarang membuat perjanjian membeli kenderaan terutama kereta terpakai sehingga pembeli terpaksa menanggung pelbagai masalah dan juga saman tertunggak dari penjual.Bila beli dikalangan kawan-kawan, adik beradik dan saudara, kita hanya membuat perjanjian lisan dan bila berlaku sesuatu perkara, ia akan meregangkan hubungan. [ Lihat Contoh ]
5. Surat Perjanjian Consignment Barang – Kebanyakkan produk atau barang yang ingin kita letakkan di kedai atau pada stokes lebih kepada consignment dimana produk diletakkan mengikut jumlah yang dikehendaki.Peniaga hanya akan mengambil hasil jualan setiap bulan dan menambah semula kuantiti barang yang telah dijual kepada kuantiti asal atau lebih mengikut seperti yang dijanjikan. [ Lihat Contoh ]
6. Surat Perjanjian Katering Sajian Makanan – Katering makanan pada hari ini mempunyai bukti melalui invoice atau resit sahaja. Melalui pengalaman, terdapat pelbagai masalah dari kedua-dua pihak.Pelanggan yang menukar menu minit terakhir, membatalkan majlis, Pembekal makanan menghidangkan makanan basi, pembekal makanan tidak menyediakan makanan yang mencukupi seperti yang ditempah dan sebagainya. Ini menyukarkan kedua-dua pihak untuk mengambil tindakan. [ Lihat Contoh ]
7. Surat Perjanjian Kontrak Pengilangan Produk – Kilang produk jenama sendiri atau OEM semakin banyak. Ia disebabkan atas pemintaan pengguna yang mempunyai produk jenama sendiri. Harga modal untuk membuat produk sendiri berpuluh ribu.Berjaya jual atau tidak itu perkara pada pemasaran. Bila melibatkan puluhan ribu ringgit, surat perjanjian mesti dibuat kedua-dua belah pihak dari awal pembuatan agar pihak Pembeli tidak teraniaya.Kebanyakkan Pembeli yang ingin menjadi pemilik produk tiada pengalaman dan hanya ikut sahaja kilang. Jadi dengan surat perjanjian akan memudahkan lagi kerja dan keyakinan untuk meneruskan produk jenama sendiri. [ Lihat Contoh ]
8. Surat Perjanjian Pelaburan Perniagaan – Surat perjanjian ini penting bagi melindungi pelabur (investor) dimana pelabur bersetuju melaburkan wangnya ditempat yang bersesuaian untuk menjana keuntungan mengikut persen. Pengusaha pula memerlukan wang dari pelabur untuk memajukan lagi perniagaan. [ Lihat Contoh ]
9. Surat Perjanjian Pembinaan Website – Programmer juga memerlukan perjanjian bagi menjaga hak sebagai Pembina website dimana kemungkinan terdapat pelanggan yang suka menukar dan membatalkan projek sedangkan kos telah dikeluarkanKedua-dua pihak perlu mempunyai surat perjanjian dimana jika tiada perjanjian berkaitan pembinaan website, anda mudah dan senang ditipu oleh programmer tersebut mahupun programmer menyiapkan website tidak mengikut tempoh yang telah ditetapkan. [ Lihat Contoh ]
10. Surat Perjanjian Penggunaan Barang – Banyak kes pinjam barang tetapi gagal dipulangkan. Ada yang hilang, ada yang rosak dan ada yang buat harta sendiri.Sebagai pemilik barang, anda berhak mengambil balik barang anda dan menerima seperti mana dipinjamkan.Biasanya barang itu dipinjam selama 1 minggu atau lebih elok dibuat surat perjanjian sekiranya barang itu amat bernilai harganya. [ Lihat Contoh ]
11. Surat Perjanjian Pinjaman Kewangan Cagaran – Surat perjanjian ini melibatkan dua pihak dimana Pihak pertama memberi pinjaman kewangan kepada pihak kedua dan pihak kedua telah mencagarkan barangan yang harga pasaran melebihi nilai pinjaman kepada pihak pertama.Contohnya ingin meminjam RM1000. Nilai cagaran semestinya melebihi harga RM1000 atau 2 kali ganda harga barangan nilai semasa kerana barangan mempunyai nilai susut harga. [ Lihat Contoh ]
12. Surat Perjanjian Pinjaman Kewangan Tunai – Meminjam wang dikalangan kita sudah menjadi perkara biasa tetapi kebanyakkan yang meminjam sukar untuk membayar semula.Lebih sukar bila kita memberi pinjaman kepada adik beradik, saudara mara, kawan-kawan tanpa sebarang hitam putih.Untuk meminjam kepada bank pun pihak bank kenakan syarat dan mesti dalam bentuk surat perjanjian bertulis.Apa sahaja berkaitan duit dan harta, wajib mempunyai surat perjanjian. [ Lihat Contoh ]
13. Surat Perjanjian Rakan Kongsi Perniagaan – Kerjasama atau perkongsian dalam perniagaan merupakan perkara biasa melibatkan kedua-dua pihak bekerjasama mengeluarkan modal untuk sesuatu perniagaan.Kebanyakkan pada mulanya nampak indah sebelum duit banyak masuk tetapi selepas duit mula banyak dalam akaun akan berlaku permasalahan, ketidakpuasan hati, tamak dan sebagainya. Ini menyebabkan perniagaan akan jatuh menjunam dan masing-masing inginkan hak yang telah dikeluarkan.Tanpa surat perjanjian kerjasama, maka makin sukar untuk selesaikan masalah yang besar ini. [ Lihat Contoh ]
14. Surat Perjanjian Sambung Bayar Kenderaan – Surat perjanjian ini dimana kita mempunyai kereta yang ingin dijual tetapi pinjaman bank belum lagi diterima oleh pembeli. Dan ada juga pembeli yang blacklist tetapi ingin memiliki kereta.Sambung bayar kenderaan adalah jalan penyelesaian. Amat penting dibuat perjanjian dimana harus diingat pemilik bertanggungjawab kerana kenderaan tersebut masih lagi atas nama pemilik dan jika bayaran bulanan tidak dijelaskan, kemungkinan pemilik akan dikenakan tindakan.Begitu juga pembeli dimana jika tiada perjanjian, pemilik berhak mengambil semula kenderaan tersebut. [ Lihat Contoh ]
15. Surat Perjanjian Sewa Kedai – Surat perjanjian sewa kedai perlu ada dimana surat ini juga akan menyelamatkan anda dari dihalau keluar pada bila-bila masa. Perjanjian sewa kedai perlu ada dimana memudahkan anda juga untuk membuat pinjaman perniagaan dan juga memohon lesen perniagaan. Biasanya surat perjanjian sewa kedai ini dibuat tempoh selama 2 tahun. [ Lihat Contoh ]
16. Surat Perjanjian Sewa Kenderaan – Banyak kes melibatkan kereta sewa ini. Walaupun untuk sehari, perjanjian bertulis perlu ada sebab jika berlaku sebarang masalah pemilik akan menanggung akibat. [ Lihat Contoh ]
17. Surat Perjanjian Sewa Rumah – Sama seperti surat perjanjian sewa kedai juga dimana tempoh menyewa juga selama 1 tahun ke 2 tahun dan biasanya akan disambung kontrak tersebut selagi rekod pembayaran tidak tercalar. Jika selepas tamat kontrak, penyewa akan diberi tempoh 1 ke 2 bulan untuk berpindah. [ Lihat Contoh ]
18. Surat Perjanjian Wang Simpanan Kutu – Ini bukan surat untuk Parasit bernama Kutu tapi Duit Kutu. Banyak kali kita bergaduh sebab kawan-kawan tidak tepati janji untuk memberikan wang simpanan tersebut mengikut giliran malah ada yang menipu dan melambatkan pembayaran.Walaupun nampak macam tidak penting anda harus ingat, ia melibatkan DUIT. Bila ada surat perjanjian, tindakan boleh diambil atas kesalahan menipu. [ Lihat Contoh ]

Kalau nak senaraikan jenis-jenis surat perjanjian ni, rasanya ada banyak lagi. Namun, 18 koleksi surat perjanjian ini adalah surat yang paling banyak diperlukan dan saya fikir wajib ada untuk tujuan keselamatan dan kejadian yang tidak diingini berlaku dikemudian hari.
Semoga dengan perkongsian ini, anda mendapat banyak manfaat dan penyelesaian bagi mendapatkan contoh dan cara buat surat perjanjian yang terbaik.
nice sharing elih…bnyak manfaat
semua kat atas ni penting dan kena simpan elok2.
Banyak rupanya surat perjanjian yang popular ya
Nowadays, banyak sangat yang mungkir janji. macam katering perkahwinan dan duit kutu tu memang kena ada surat. biasa dengar banyak isu penipuan, tak bayar dsb berlaku.
owh baru tahu boleh gugel je
perkongsian yg menarik.. mmg penting smuanya.. dan sngt berguna .
Betul.. apa-apa pun kena ada hitam putih..
tetapi tak sangka pula main kutu pun ada surat perjanjian..
Semoga bermanfaat utk anda.
Betul. Bila2 masa kita akan memerlukannya.
Ya tuan. Boleh tengok contohnya.
Boleh. Dunia internet ni sgt luas. Informasi lagi banyak.
Betul. Sebab tu surat perjanjian sangat2 diperlukan.
Ya Busyra. Mungkin kita juga memerlukan salah satu drpd senarai diatas ini.
Ada. Siapa yang main kutu tu bolehlah dapatkan panduan dan contoh surat perjanjian main kutu.