Dimaklumkan bahawa, Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) akan melaksanakan urusan pengisian jawatan kosong pada bulan Januari 2017 bagi Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Sembilan. Pelbagai jawatan kosong untuk calon yang mempunyai kelayakan atau lulusan SPM/SVM/SKM dan PMR/SRP/PT3. Calon yang berminat berkhidmat untuk kerajaan bolehlah membuat permohonan bagi jawatan-jawatan berikut:
![]() |
Jawtaan Kosong SPA Januari 2017 |
SPM/SKM/SVM (Kumpulan Pelaksana)
- Pembantu Kemahiran Gred H19 – 30 Kekosongan
- Pembantu Hal Ehwal Islam Gred S19 – 17 Kekosongan
- Pembantu Syariah Gred LS19 – 2 Kekosongan
SRP/PMR/PT3 (Kumpulan Pelaksana)
- Pembantu Awam Gred H11 – 37 Kekosongan
- Pembantu Operasi Gred N11 – 32 Kekosongan
- Pemandu Kenderaan Gred H11 – 33 Kekosongan
Permohonan online boleh dilakukan sepanjang masa dan hanya diterima melalui permohonan online sahaja. Sebarang surat-menyurat dan penghantaran resume tidak diperlukan. Walaubagaimanapun, anda haruslah memastikan maklumat permohonan adalah tepat bagi mengelakkan sebarang kesulitan berlaku.
Permohonan jawatan hanya boleh dilakukan melalui laman web rasmi SPA – http://www.spa.gov.my/
Bagi anda yang telah memohon jawatan diatas, anda tidak perlu memohon semula. Namun, pastikan permohonan jawatan kosong tersebut masih dalam tempoh sah (1 Tahun). Tarikh tutup permohonan adalah 15 Januari 2017 (Ahad) jam 11:59 malam.
Persediaan Temuduga
Sebagai persediaan temuduga, cara penyediaan dan template resume dan etika berpakaian, sila rujuk panduan Lulus Temuduga ini – Klik sini
Semoga berjaya dipanggil temuduga!