15 Persediaan Penting Menghadiri Temuduga SPA
Setiap tahun puluhan ribu graduan yang menamatkan pengajian mereka di Malaysia ini. Implikasi daripada pertambahan jumlah ini, pastinya menambahkan lagi persaingan merebut sesebuah jawatan kosong yang entah berapa saja. Oleh itu, persediaan sebelum dan semasa temuduga amatlah penting. Lebih banyak persediaan yang anda lakukan, lebih cerah untuk anda menjawab soalan dan berjaya temuduga nanti.
Berikut adalah 15 panduan persediaan penting untuk menghadiri temuduga dengan pihak SPA. Baca dan fahami setiap point yang saya nyatakan dibawah:
1. Tiada Istilah ‘Cable’ or ‘Orang Dalam’
Buang segala persepsi negatif terhadap temuduga ini. Jika anda berpersepsi demikian, maka ia akan banyak mempengaruhi keyakinan dan semangat anda menjalani temuduga nanti. Apa gunanya menghadiri temuduga jika tanggapan dah negatif kan?
2. Ketahui Siapa Penemuduga Anda
Secara lazimnya, penemuduga untuk jawatan kosong itu adalah 2 orang. Seorang wakil daripada Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) dan seorang lagi daripada Kementerian, Jabatan, atau Agensi Kerajaan itu sendiri. Tapi, bergantung dengan jawatan yang ditawarkan kadang-kadang penemuduga bertiga, malah ada yang berseorangan.
3. Buat Kajian Tentang Kementerian/Jabatan
Setelah mendapat panggilan temuduga, anda carilah laman web Kementerian/Jabatan/Agensi yang terbabit. Ingat misi, visi, objektif dan fungsi Kementerian/Jabatan/Agensi tersebut. Kalau boleh, anda lihat juga carta organisasi dan isu semasa berkaitan Kementerian/Jabatan/Agensi itu.
4. Tahu Dimana Lokasi Temuduga
Selalunya, SPA akan menjalankan temuduga di SPA setiap negeri. Adalah penting untuk mengetahui lokasi temuduga terlebih dahulu supaya perjalanan tidak terganggu ketika hari temuduga nanti. Jika anda tinggal di pedalaman, lebih baik pergi ke lokasi temuduga sehari sebelum temuduga dijalankan.
5. Etika Berpakaian Ketika Temuduga
Pakaian ketika temuduga haruslah kemas, menarik dan profesional. Memakai seluar jeans dan berbaju t-shirt memang tidak digalakkan. Anda sekurang-kurangnya berpakaian kemeja lengan panjang, berseluar slack dan baju tuck-in. Jika ada blazer atau jaket hitam, pakai. Biar nampak segak dan profesional.
6. Temuduga Olok-Olok (berlakon)
Buatlah temuduga olok-olok dengan adik atau abang/kakak. Kalau ada rakan yang sporting, lebih baik. Buat temuduga seakan-akan soalan yang kebiasaanya ditanya, seperti perkenalkan diri, kelemahan dan kekuatan, pengalaman bekerja (jika ada), dan jangan lupa jawab juga dalam bahasa inggeris, kemungkinan penemuduga tanya soalan dalam bahasa inggeris.
7. Resume
Permohonan melalui SPA tidak melibatkan penghantaran resume, tetapi ketika temuduga anda akan dikehendaki menyediakan resume yang lengkap. Lihat cara penyediaan dan template resume disini – Rahsia Resume Kerja
Jika anda fresh gradute, rujukan yang terbaik adalah 2 orang pensyarah/guru yang mengenali anda. Tetapi, jika anda sedang bekerja rujukan paling bagus adalah penyelia anda ditempat kerja atau pengurus. Pihak SPA mungkin juga melihat pada rujukan ini. Tapi, mungkin tak akan call pun. Ianya sekadar rujukan. Kerja swasta amat memerlukan rujukan ini.
9. Bawa Dokumen Penting
Buat satu senarai semak dokumen penting yang akan dibawa nanti. Dokumen penting yang perlu dibawa seperti Resume, Kad Pengenalan, Surat Beranak, Sijil/Transkrip Ijazah/Diploma, Sijil Berhenti Sekolah, Sijil-Sijil Kokurikulum, Sijil/Anugerah (jika ada). Pastikan susunan salinan dan dokumen original mengikut urutan bagi memudahkan penemuduga menyemak dokumen anda.
10. Datang Awal
Untuk mempersiapkan diri anda, digalakkan datang awal pada hari temuduga. Elakkan kesesakan jalan raya, cuba cari bilik temuduga seawal yang mungkin, baca surat khabar untuk mengetahui siu-isu semasa dan menarik.
11. Jual Diri Anda
Sesi temuduga adalah masa anda untuk menyinar. Bukan masa untuk merendahkan diri. Ada ratusan atau ribuan calon yang hadir temuduga tersebut untuk merebut puluhan kekosongan jawatan, jadi merendah diri bukan masanya. Tonjolkan diri anda dengan jawapan yang yakin dan bernas.
12. Bertanyakan Soalan
Jika anda diberikan peluang bertanyakan soalan, sila bertanya kerana pertanyaan anda akan mempamerkan anda seorang yang betul-betul minat dengan kerjaya itu.
13. Etika Memasuki dan Keluar Bilik Temuduga
Ketuk pintu sebelum masuk, tolak pintu, lihat kearah wajah penemuduga dan bagi salam. Serahkan dokumen kepada penemuduga. Duduk setelah diarahkan duduk. Jangan cuba alihkan kedudukan kerusi anda.
14. Jawab Soalan Dengan Yakin
Bagaimana jawab soalan dengan yakin? mudah saja, jawab dengan memandang tepat kearah wajah atau mata penemuduga. Duduk tegak, dengan meletakkan telapak tangan diatas kedua belah paha.
15. Dapat Rahsia Lulus Temuduga Kerja Kerajaan
Bukan semua calon temuduga mahu mendapatkan panduan lulus temuduga ini. Panduan ini hanya untuk mereka yang mahukan perubahan pada kehidupan keluarga dan masa depan kerjayanya. Anda lulus temuduga, hidup anda akan cerah.
Semoga dengan perkongsian ini, dapatlah juga anda persiapkan diri menjalani temuduga kerja kerajaan nanti.
Saya doakan kejayaan anda.
wah nice tips … boleh la guna lepas ni kalau ada rezeki dpt pgiln SPA
sy sampai sekarang takda tuah dapat SPA hahhaha