May 30, 2023

15 Laman Web Terbaik Mencari Pekerjaan Di Malaysia

15 Laman Web Terbaik Mencari Pekerjaan Di Malaysia | Suatu ketika dulu, ketika saya baru saja menamatkan pengajian, langkah pertama sebelum meninggalkan kampus adalah mengisi permohonan jawatan kosong yang ada ditawarkan di laman web Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) kerana pada masa itu, hanya laman web ini saja yang saya tahu. 
Manakala, untuk permohonan syarikat swasta hanya melalui iklan di surat khabar, jobstreet dan enjin carian google. Nampak macam tidak teratur pada masa tu, ilmu dan pengetahuan tidak mencukupi. Syukur, akhirnya diterima bekerja. Jangan jadi macam saya, sebab itu saya kongsikan dengan anda 15 Laman Web Terbaik Mencari Pekerjaan Di Malaysia untuk memudahkan proses mencari kerja anda.

15 Laman Web Terbaik Mencari Pekerjaan Di Malaysia

Dibawah ini, saya senaraikan 15 laman web mencari pekerjaan yang popular di Malaysia. Buka satu per satu dan lihat kekosongan jawatan yang ada. Apply melalui laman web ini, pastikan ‘bookmark’ laman web supaya tidak lupa nanti.

15 Laman Web Terbaik Mencari Pekerjaan Di Malaysia

Laman web SPA ini merupakan laman rasmi kerajaan untuk permohonan jawatan di peringkat kerajaan negeri mahupun kerajaan persekutuan. Saya pasti ramai yang dah tahu laman web SPA ini, lebih mesra dipanggil dengan SPA8. Bagi yang hampir menamatkan pengajian tu, bolehlah apply jawatan disini.
Laman web JobsMalaysia adalah sistem penjodohan pekerjaan automatik atas talian yang disediakan oleh Kementerian Sumber Manusia.Sistem ini memberi kemudahan kepada pencari kerja untuk mencari peluang pekerjaan yang bersesuaian. Majikan pula boleh mendapatkan calon untuk mengisi kekosongan jawatan di syarikat mereka. Menerusi sistem ini juga, pencari kerja boleh membuat permohonan pekerjaan dan majikan boleh menguruskan permohonan pekerjaan yang diterima. Semua kemudahan yang disediakan ini tidak dikenakan sebarang bayaran.
Laman web Jobstreet siapa yang tidak kenal? mula dibuka pada tahun 1997 di Malaysia dan tersenarai dalam bursa saham. Inilah laman paling popular di Malaysia bagi sektor swasta. Kekosongan jawatan adalah merangkumi seluruh Malaysia. Bukan itu saja, Jobstreet juga menyediakan perkhidmatan pencari pekerjaan di negara seperti Indonesia, Thailand, Singapora dan Vietnam.
Laman web Jora Malaysia merupakan laman mencari pekerjaan syarikat swasta yang bukan sahaja menyediakan perkhidmatan di Malaysia malah di negara lain seperti Argentina, Hong Kong, Australia, India, New Zealand, Mexico, Indonesia, Philipines, Thailand, United States, United Kingdom, Vietnam, Brazil dan France. Kalau dibandingkan dengan Jobstreet, Jora mempunyai perkhidmatan lagi luas daripada banyak negara lain.
Mystarjob merupakan satu platform online pencari pekerjaan yang di kelola oleh The Star Media Group. Pekerjaan syarikat swasta banyak di iklankan disini. Cuba lah, manalah tau rezeki di mystarjob.
Laman web JenJob mula beroperasi sejak tahun 2006. Laman ini dikelola oleh Agensi Pekerjaan JEN Software Professional Sdn Bhd. Anda juga boleh mencari pekerjaan syarikat swasta disini. Cuba lah..
Setakat ini, laman web BestJobs telah mengiklankan 3001 jawatan kosong daripada latar belakang pekerjaan Engineering, Sales, Accounting dan Administrative. Kalau dilihat, memang ada banyak juga kerja kosong dalam laman ni, anda bolehlah jenguk laman web ni mungkin ada yang sesuai dengan anda..

Laman web diasaskan oleh Jeff Taylor pada tahun 1994. Monster merupakan laman mencari pekerjaan yang global, ianya meliputi 90 negara di serata dunia. Hebat tak? memang patutlah dinamakan Monster, nak tau jawatan apa yang ada..anda cubalah cari disini..
9. Indeed

Ketika entri ini dibuat, terdapat 7759 jawatan kosong baru sejak 7 hari yang lepas. Banyak tu ! Laman web ini mengiklankan kekosongan jawatan di Malaysia sahaja. 
Lalu dekat Watson petang tadi, terpampang iklan jawatan kosong Sales Assistant dan Supervisor diluar kedai Watson tu. Laman web MauKerja adalah saluran mereka untuk mengiklankan jawatan kosong. Didalam laman web ini juga, banyak tip dan panduan untuk temuduga dan pemilihan kerja yang bersesuaian dengan anda.
Menariknya laman JobsCentral ni siap ada Testimoni Majikan yang pernah mengiklankan jawatan kosong mereka dilaman web ni. Ini bermakna, mereka menyediakan perkhidmatan yang baik dengan dan user-friendly. Nak cuba, silakan cari kerjaya idaman anda disini..
Laman web ini juga adalah global, kekosongan jawatan yang diiklankan adalah dari seluruh America, Europe, Africa, Asia, Pasific. Di Malaysia saja terdapat 90255 kekosongan jawatan di laman web ni, bolehlah cuba-cuba tengok ya..
Lebih kurang macam FipoJobs dan Monster, target vacancy yang ada di serata dunia. Terdapat 45286 kekosongan jawatan yang ditawarkan di Malaysia sahaja. Banyak tu, anda bolehlah tengok manalah tau ada yang berkenaan.
Sistem eRecruitment telah dilancarkan pada 30 Jun 2004 dan merupakan laman web rasmi yang digunakan untuk memaparkan jawatan-jawatan kosong di Perkhidmatan Awam Negeri Sarawak dan Pihak Berkuasa Tempatan dari semasa ke semasa. Khas untuk warga negeri Sarawak sahaja.
Laman mencari pekerjaan khas untuk rakyat Sabah. Terdapat pelbagai jenis jawatan syarikat swasta dipaparkan disini. Pilihan terbaik memohon kerja untuk orang Sabah.

Masih banyak laman web yang anda boleh cari kekosongan jawatan, namun 15 laman ini adalah yang paling popular di enjin carian google. Saya senaraikan disini supaya memudahkan anda membuat permohonan nanti. Jawatan-jawatan kerajaan pastinya laman web SPA dan JobsMalaysia, manakala jawatan kosong swasta di laman web lain.

Tahukah andaSenarai Direktori Lengkap 241 Agensi Kerajaan Di Malaysia?

Selain kerajaan negeri dan persekutuan, terdapat banyak lagi agensi kerajaan yang mungkin anda tidak tahupun kewujudannya. Direktori lengkap INI, menghimpunkan nama agensi dan alamat agensi kerajaan berkenaan.

Bila dah berjaya dipanggil temuduga nanti, jangan lupa dapatkan Tip Lulus Temuduga Kerajaan Dengan Cemerlang dan Tip Menghasilkan Resume yang terbaik.

BacaPanduan Lulus Temuduga Kerajaan Dengan Cemerlang

Saya berharap, dengan adanya senarai 15 laman web terbaik untuk mencari pekerjaan ini membantu anda mendapatkan kerjaya idaman anda. Semoga berjaya..

3 thoughts on “15 Laman Web Terbaik Mencari Pekerjaan Di Malaysia

  1. Dear Admin,

    For your information, Neuvoo is available in Malaysia now. Neuvoo Malaysia (http://my.neuvoo.com) is a free job search engine that indexes jobs directly from companies' career websites, placement agencies and job boards. The websites centralize all jobs available on the web to help people find new career opportunities for free, so it is very much like the Google for jobs.

    Please feel free to visit the websites for the latest job offers in Malaysia.

    Thank you.

  2. Halo orang baik saya di Asia, mungkin ALLAH dipuji, nama saya Mahmud Simon, warga An INDONESIA tetapi saya berbasis di MALAYSIA; Saya ingin menggunakan media ini untuk memberitahu Anda semua tentang kebaikan Tuhan yang akhirnya membawa saya ke pemberi pinjaman ini baik melalui Mrs Nurliana Novi, pemberi pinjaman kredit benar-benar asli bernama Elina Johnson, direktur ELINA JOHNSON KREDIT PERUSAHAAN, setelah saya telah scammed oleh pemberi pinjaman palsu, saya bangkrut, putus asa dan tidak tahu apa yang harus dilakukan dan siapa yang percaya, maka dia datang dan menaruh senyum lebar di wajah saya di kejutan terbesar saya. Saya tahu sebagian besar dari Anda juga menjadi korban penipuan, Anda tidak perlu repot lagi karena saya harus menyampaikan kabar baik dan satu-satunya pemberi pinjaman yang dapat Anda percaya,
    Mrs Elina Johnson dari ELINA JOHNSON PINJAMAN FIRM hanya menghubunginya hari ini melalui email: elinajohnson22@gmail.com »untuk info lebih lanjut tentang cara untuk mendapatkan pinjaman Anda atau Anda dapat menghubungi saya melalui email saya untuk panduan lebih lanjut; mahmudsimon2@gmail.com, dan saran tentang cara untuk mengajukan pinjaman dari Ibu Nurliana Novi di nurliananovi96@gmail.com. Aku menunggu untuk mendengar kabar baik Anda sendiri, Terima kasih semua dan mungkin ALLAH dipuji.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *