Jawatan Kosong Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Gred DG29 | Berita baik buat lepasan Diploma Pendidikan samada dari Universiti ataupun IPG. Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) pada bulan November ini akan melaksanakan urusan pengisian jawatan kosong di Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI).
Calon yang mempunyai ciri-ciri berketerampilan, boleh bekerja secara berpasukan, mempunyai bakat kepimpinan, jati diri yang tinggi, dan bersikap profesional amatlah dialu-alukan menyertai perkhidmatan ini.
Jawatan Kosong Lulusan Diploma November 2016
Nama Jawatan: Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Gred DG29
Tempat Berkhidmat: Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI)
Bilangan Kekosongan: 142
Cara Memohon
Untuk makluman, permohonan bagi jawatan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Gred DG29 ini adalah boleh dilakukan sepanjang masa. Bagi calon yang telah mengisi, anda tidak perlu mengisi lagi tetapi harus memastikan permohonan anda masih dalam tempoh sah laku (1 tahun). Dan, hanya calon yang berjaya melepasi tapisan akan dipanggil temuduga.
Sebarang permohonan baru haruslah dihantar sebelum 13 November 2016 jam 11:59 malam.
Panduan Temuduga
Untuk mempersiapkan diri anda sebelum temuduga, saya cadangkan anda membaca panduan Lulus Temuduga ini bagi persediaan temuduga, cara buat resume dan juga cara berpakaian ketika menjalani temuduga nanti.
Baca panduan Lulus Temuduga Kerja Kerajaan – Klik sini
Semoga berjaya…
nak try la kot2 sangkut.. hahahaha
Uiss bnyk jugak jawatan kosong ye.. Nak soh adik apply nanti.. Thankz alih cz share.. 🙂