13 Tip Dan Persediaan Penting Sebelum Aktiviti Mendaki Gunung. Semakin ramai pula jejaka kacak dan wanita lawa-lawa bertukar hobi hiking ni. Kenapa tu, sukan atau aktiviti lain tak best kah? Yang ini bolehlah tepuk dada, tanya selera masing-masing. Ada kawan saya kata, dia terlebih minat dengan hiking ni sebab semangat setia kawan dalam group hiking ni terlalu tinggi. Tambah lagi, kepuasan mendaki gunung memang ditahap maksimum bila sampai dipuncak. Iyalah, anda berada di tanah yang ribuan kaki dari aras laut tu, siapa tak rasa bangga kan!
![]() |
Sosodikon(Pyramid) Hill Kundasang | Sumber Gambar – TripAdvisor |
Buat hikers yang baru nak berjinak-jinak dengan pendakian gunung, seeloknya baca sedikit panduan dan tip yang dikongsikan oleh orang yang lebih berpengalaman. Saya bukan orang itu tetapi mungkin suatu hari nanti akan mencuba hiking di Bukit Botak, Sepanggar, Sabah haha!
Tip Dan Panduan Penting Sebelum Aktiviti Mendaki Gunung
Tidak kiralah anda nak mendaki bukit, mendaki banjaran, mendaki gunung atau sebagainya, anda perlukan persediaan rapi untuk mengelakkan sebarang kejadian yang tidak diigini berlaku. Berikut adaah beberapa sharing untuk hikers pemula.
1. Cuaca
Sekiranya anda merancang untuk mendaki gunung, factor yang perlu dilihat adalah cuaca. Jika cuaca pada hari tu hujan, maka peralatan seperti baju hujan perlu dibawa bersama ketika pendakian. Lihat dahulu ramalan kaji cuaca beberapa hari sebelum pendakian. Jangan nanti bila dah mendaki baru nak tanya kawan ada bawa baju hujan lebih atau tidak, basah kuyuplah nanti kalau tak bawa.
2. Pakaian
Bawa pakaian yang secukupnya. Jangan bawa terlalu banyak dan terlalu sedikit. Jika anda bermalam, seeloknya bawa set pakaian untuk sekali atau 2 kali pertukaran. Terlalu banyak nanti boleh membebankan anda menggalas bag yang berat nanti.
3. Kasut
Kaki adalah part paling penting untuk pendakian. So, kaki adalah benda pertama yang perlu dilindungi. Bajet untuk beli kasut berkualiti itu satu hal, tetapi kasut berkualiti itulah yang terbaik untuk melindungi kaki anda. Gunakan kasut yang mempunyai getah dan bunga yang cukup untuk mengelakkan mudah tergelincir dan terjatuh.
4. Makanan/Minuman
Makanan untuk sehari pendakian mungkin berbeza dengan pendakian sehingga bermalam. Jika anda mendaki untuk sehari, bawa lah coklat, cereal, buah-buahan seperti epal kerana epal mengandungi air yang banyak. Selain itu, bawa lah energy drink atau 100 plus yang berfungsi memberikan tenaga dan menggantikan garam dalam badan anda.
5. Stamina
Latihan mendaki amatlah diperlukan sebelum pendakian. Jika anda merancang pendakian bulan hadapan, bulan ini anda sudah mula training berlari atau berjalan kaki sekurang-kurangnya 3 KM sehari atau 10 KM dalam seminggu. Sebelum mendaki, lakukan senaman ringan selama 15 hingga 30 minit bagi mengelakkan kekejangan otot ketika mendaki
6. Rekod Cacatan Masa
Kita faham, ada hikers yang mahu mencatata rekod terbaik untuk diri sendiri. Tetapi, bukanlah nak pecahkan rekod asia atau dunia. Lakukan sedaya upaya tanpa mengabaikan keselamatan diri dan orang lain.
7. Sesi Bergambar
Pernah nampak video selfie yang jatuh dari atas batu tu? Kalau nak mencetak detik-detik gembira bersama kawan dan mengabadikan kenangan di atas gunung pun, fikirkan juga keselamatan. Elakkan aksi-aksi yang berbahaya sehingga boleh meragut nyawa.
8. Jaga Adab dan Percakapan
Percaya tak dalam hutan ada penunggu atau mahkluk halus yang tinggal? Kita tak nampak tapi dia nampak kita hehehe..ya, jaga mulut dan percakapan! Dengar nasihat orang yang lebih berpengalaman dengan hutan itu. Buang air kecil dan besar meludah, ketawa, menegur dengan cara yang betul.
9. Semangat Setia Kawan
Kita pergi mendaki dalam satu kumpulan, bermaksud kita turun gunung pun dalam satu kumpulan. Lihat kiri kanan, depan belakang! Pastikan rakan-rakan tidak ketinggalan jauh dibelakang. Elok mendaki bersama-sama dan support kawan lain yang kurang semangat dan mengalami sedikit masalah untuk meneruskan pendakian. Bagi kata-kata semangat dan dorongan agar kawan lebih selesa.
10. Persediaan Mental
Mental kena kuat. Jangan terlalu terikat dengan rekod catatan masa untuk sampai ke puncak dan turun ke kaki gunung. Ingatlah niat anda nak mendaki untuk apa? Jangan kerana target tertentu kita mengabaikan keselamatan diri sendiri dan menjadi tekanan pada kita.
![]() |
Survival Kit For Hikers |
11. Survival Kit
Sekiranya dimasa-masa kecemasan, apa peralatan yang anda ada? Lighter, pisau, tali, atau sebagainya yang boleh digunakan ketika kecemasan? Bagaimana pula dengan first aid kit? Bahan untuk membuang air besar? Semua ini boleh didapati di PTT Outdoor.
12. Peralatan Wajib
Peralatan wajib yang biasanya dibawa untuk mendaki gunung adalah seperti Camping Tent (jika bermalam), Pakaian, Makanan, dan banyak lagi. Rujuk artikel ini – 15 Peralatan Wajib Untuk Dibawa Ketika Mendaki Gunung
13. Restu
Paling penting, anda direstui oleh isteri/suami/ibubapa dalam melakukan pendakian ini. Tanpa restu daripada orang tersayang, suasana, keadaan mental dan stamina anda mungkin terjejas. Dapatkan persetujuan daripada mereka dan yakinkan mereka tentang soal keselamatan anda ketika mendaki nanti.
Tips: Susah dapatkan peralatan Camping, Hiking, Basikal dan Runner ? Anda boleh dapatkan di PTT Outdoor dengan harga yang MURAH dan berpatutan.
Semoga perkongsian kali ini, membantu anda membuat persediaan aktiviti mendaki gunung dengan lebih baik. Jika ada tip atau panduan lain yang nak dikongsikan dengan pembaca blog ini, sila emailkan kepada saya di elihjapahar@gmail.com.
it has been years since i last went hiking
Lagi.. Powerbank!!