Tidak lama lagi, saudara kita yang berbangsa Cina akan meraihkan sambutan Tahun Baru Cina pada 16 & 17 Febuari 2018. Bagi anda yang ada saudara, rakan-rakan dan keluarga yang berkahwin dengan Cina bolehlah datang ke rumah terbuka Tahun Baru Cina tak lama lagi. Pasti banyak limau dan kuih muih yang akan dihidangkan.
Jenis Barangan Harga Kawalan Sempena Tahun Baru Cina 2018
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) telah mengumumkan 13 Jenis Barang di bawah Skim Kawalan Harga Musim Perayaan sempena Tahun Baru Cina 2018 pada 16 dan 17 Febuari ini.
Menterinya, Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata, pelaksanaan skim kawalan harga dibawah Akta Kawalan Harga dan Atipencatutan 2011 itu membabitkan 151 kawasan dan daerah di seluruh negara yang akan berkuatkuasa selama 12 hari bermula 10 Febuari sehingga 22 Febuari 2018.
Berikut adalah senarai 13 jenis barangan harga kawalan tersebut:-
Barangan | Unit | Harga Borong | Harga Runcit |
---|---|---|---|
Ayam Hidup | 1 KG | RM5.70 | RM6.20 |
Ayam Standard | 1KG | RM6.70 | RM7.50 |
Ayam Super | 1KG | RM7.50 | RM8.40 |
Telur Ayam Gred A | Sebiji | 36 Sen | 38 Sen |
Telur Ayam Gred B | Sebiji | 35 Sen | 37 Sen |
Telur Ayam Gred C | Sebiji | 34 Sen | 36 Sen |
Kubis Bulat Import | 1KG | RM2.50 | RM3.50 |
Bawang Putih | 1KG | RM7.00 | RM8.00 |
Ikan Bawal Putih | 1KG | RM37.00 | RM40.00 |
Udang Putih Besar | 1KG | RM34.00 | RM39.00 |
Babi Hidup | 1KG | RM8.00 | RM8.00 |
Daging Babi (Perut) | 1KG | RM22.00 | RM24.00 |
Daging Babi (Daging dan Lemak) | 1KG | RM14.00 | RM16.00 |
Sumber rujukan – KPDNKK
Peniaga yang didapati gagal mematuhi pertauran mengikut skim tersebut akan dikenakan tindakan tegas dibawah Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011.
Semoga perkongsian 13 Barang Harga Kawalan Sempena Tahun Baru Cina 2018 ini bermanfaat untuk anda.
Selamat Tahun Baru Cina 2018, Gong Xi Fa Chai !