Setiap perempuan didunia ini mempunyai cara tersendiri untuk tunjuk kalau dia suka atau meminati seorang lelaki. Lain jenis perempuan, lain cara untuk dia tunjukkan perasaan dia tu, percayalah sepandai-pandai seorang perempuan tu sembunyikan perasaan dia pasti akan tercurah juga air mata meluahkan kepada sesorang. Perempuan kan, biasalah tu..hehe..
Antara jenis atau sifat seorang perempuan yang selalu kita jumpa adalah manja, peramah, ceria, lemah lembut, tomboy, nakal, lurus, sombong, alim, pemalu, pendiam dan sebagainya. Daripada sifat seorang perempuan ini, menentukan bagaimana cara dia tunjukkan perasaan suka/minat dia kepada seorang lelaki.
Tanda-Tanda Perempuan Suka Seorang Lelaki
Bila mencecah umur 30-an ni, terasa banyak kenangan lama yang tiba-tiba terlintas dalam ingatan. Ramai rakan-rakan yang saya kenali berjaya memijak jinjang pelamin walaupun pada zaman persekolahan macam-macam kelakuan yang melucukan dan menyedihkan.
11 tanda-tanda ini hanyalah pendapat saya sahaja, mungkin ada yang sependapat dengan saya dan mungkin ada yang nak tambah dengan tak bersetuju, tanda-tanda yang saya kongsikan ini hanya berdasarkan pemerhatian, pengetahuan dan pengalaman saya sendiri . Mari kit abaca satu per satu..hehe..
Tanda 1 – Mahu Perhatian Lebih
Perempuan ni suka perhatian lelaki yang dia suka. Selalu mesej, tegur dia, lebih mesra layanan dia berbanding lelaki lain, mesra yang lebih, peramah lebih, baiknya lebih dan sopan santun yang lebih. Boleh dikatakan, perempuan nak lelaki tu ambil tahu pasal dia saja. Tak hairanlah kalau ada perempuan yang suka cari gaduh sebab nak lelaki tu ingat dia sampai bila-bila hihi..
Tanda 2 – Hati Mudah Tersentuh (Sensitif)
Pantang dimarah, ditegur pedas sikit mesti perempuan tu ambil hati. Perempuan ni akan merasa sakit hati yang melampau bila lelaki yang dia suka marahkan dia. Hal-hal yang kecil pun perempuan tu boleh merajuk. Walaupun kadang-kadang lelaki yang dia suka tu sekadar nak bergurau. Perempuan mempunyai sifat pendiam sangat emosional dan mungkin boleh menangis tanpa disedari sesiapa pun.
Tanda 3 – Mudah Cemburu
Berbeza dengan cemburu seorang lelaki, cemburu lelaki selalunya lebih kepada isu keselamatan, pergaulan dan tingkah laku seorang perempuan yang dia suka.
Tetapi, seorang perempuan yang cemburu dengan lelaki yang dia suka lebih kepada emosi, perempuan ni boleh cemburu jika lelaki tu rapat dengan perempuan lain.
Tanda 4 – Masak Atau Belikan Sesuatu Untuk Lelaki
Alahai, sweetnya hehe..ada perempuan yang suka lelaki dengan menujukkan dia pandai memasak. Ada juga yang tak pernah lupa belikan sesuatu untuk lelaki tu bila dia pergi kemana-mana saja dia pergi.
Tanda 5 – Suka Bergaya Atau Berfesyen Bila Jumpa Lelaki
Pantang ada perjumpaan atau rombongan ke mana-mana, perempuan ni akan lebih nampak lawa dan berfesyen jika tau lelaki yang dia suka ikut sama. Perempuan ni suka berpakaian yang nampak menonjol daripada orang lain untuk dapatkan perhatian.
Tanda 6 – Kegembiraan Dan Semangat Yang Tak Boleh Dibendung
Sesungguhnya, hati perempuan memang tak boleh disembunyikan sangat.
Perempuan akan merasa sangat gembira dan bersemangat apabila lelaki yang dia suka ada bersama dengan dia walaupun cuma ada dalam kumpulan atau pasukan. Bagi seorang perempuan, lelaki kesukaannya ada didepan mata pun dah cukup gembira.
Tanda 7 – Jika Ada Masalah Dia Mesti Tanya/Bagitau Lelaki Tu Dulu
Rata-rata perempuan akan bagitau masalah dia dengan orang yang dia percaya dan orang pertama yang terlintas dalam fikiran mereka. Jadi jangan hairanlah kalau ada perempuan meluah pasal kena marah boss ditempat kerja, laporan tak siap, tayar kereta pancit, nak makan sesuatu atau sebagainya.
Tanda 8 – Perkenalkan Kepada Ibu Bapa
Ada perempuan yang berani perkenalkan seorang lelaki kepada ibubapanya. Hati-hati, ada kemungkinan perempuan tu dah slow talk dengan parent dia suruh tengok-tengokkan lelaki yang dia suka. Kalau dah sampai tahap ni, perempuan itu memang sengaja bagi hint yang dia sukakan anda.
Tanda 9 – Pantang Ditanya, Mesti Jawab ‘Ya’
Tiada kata penolakan dari dia. Pendek kata, perempuan tu akan selalu akan kata ‘ya’ jika anda perlukan pertolongan, termasuk bagi tiru laporan/kerja rumah sekolah dia. hehe. Perempuan tu sentiasa bersedia untuk membantu jika anda perlukan sesuatu, kalau anda ajak minum/makan pasti dia yang excited melonjak keriangan.
Tanda 10 – Hilang Selera Makan Bila Lelaki Tu Asyik Cerita Pasal Perempuan Lain
Hati perempuan ni mudah terusik, sensitif dan mudah terasa. Dalam kelekaan anda bercerita mengenai perempuan lain, dia akan terasa amat sakit jika anda tidak menyedari isi hati dia. So, jangan hairanlah jika anda tengah makan tiba-tiba dia hilang selera makan dan cepat-cepat nak ajak balik. Mesti ada sesuatu yang dia rasa kecewa tu.
Tanda 11 – Best Friend Perempuan Tu Bagi Hint Dengan AndaIni cara nak tau samada perempuan tu suka anda atau tidak. Sehebat mana pun seorang perempuan menyimpan rahsia tentang perasaan dia, pasti akan terbocor juga dengan salah seorang kawan rapat dia/BFF dia.
So, ketika perempuan tu betul-betul sakit hati atau cemburu masa tu lah rahsia ni kemungkinan akan terbongkar. BFF perempuan ni pasti akan merasa kesian atau marah dengan anda. Masa ni lah bom akan meletus! Kebiasaanya rahsia pecah bila BFF dia ni tak sampai hati tengok keadaan perempuan tu. Betul tak ? haha..
Baiklah, 11 tanda-tanda perempuan suka dengan seorang lelaki ni cuma berdasarkan pengalaman saya sendiri dan rakan-rakan disekeliling saya. Mungkin ada yang kurang tepat, namun ianya bergantung dengan sifat semulajadi seorang perempuan tu. Lelaki tu pula janganlah percaya 100% tanda-tanda ni, ada jenis perempuan yang seakan-akan sukakan anda tetapi hakikatnya dia cuma biasa-biasa saja.
Dalam memendam perasaan, perempuan adalah mahluk Tuhan yang sangat complicated untuk difahami dan diketahui. Jika anda sukakan seseorang, lebih baik berterus-terang daripada menanggung seksa memendam perasaan.
Semoga dengan mengenalpasti tanda-tanda ini, dapatlah anda (lelaki) mengatur strategi menawan hati perempuan itu. Good luck ! 🙂
aida sebagai perempuan bersetuju dengan semua benda di atas.. hahaha.. cuma ye lah kadang-kadang perempuan pun kena friendzone.. hahahaha
boleh tahan artikel ni bro..
Thanks Aida Hana..maksudnya penelitian saya selama ni mmg ada betul juga LOL hehe..
Terima kasih bro…