May 31, 2023

10 Sebab Anda Perlu Menyimpan Dalam SSPN-i Plus

10 Sebab Anda Perlu Menyimpan Dalam SSPN-i Plus | Populasi rakyat Malaysia dianggarkan melebihi 30 juta pada ketika ini, dimana pada kadar kelahiran tahunan melebihi setengah juta. Pada tahun 2015, jumlah kelahiran hidup adalah 521,136. Namun, bukan semua orang tahu mengenai kepentingan Skim Simpanan Pendidikan Nasional-i Plus atau SSPN-i Plus.

10 Sebab Anda Perlu Menyimpan Dalam SSPN-i Plus

Ramai yang menganggap menyimpan dalam SSPN hanya untuk memenuhi syarat wajib pinjaman pendidikan PTPTN. Tetapi, itu mungkin SSPN-i yang dulu. SSPN-i hanya untuk simpanan pendidikan dan syarat wajib pinjaman pendidikan PTPTN. Kini, dengan penambahbaikan dan penambahan manfaat, SSPN-i Plus sudah 2 tahun sejak ditubuhkan sejak tahun 2015.

10 Sebab Anda Perlu Menyimpan Dalam SSPN-i Plus

Dibawah ini, saya kongsikan dengan anda 10 sebab mengapa anda perlu menyimpan dalam SSPN-i Plus. Baca dengan teliti dan buat pilihan terbaik untuk anak-anak anda :-

#1 – Pelepasan Taksiran Cukai Sehingga RM12,000
Pelepasan taksiran cukai yang ditawarkan apabila anda menyimpan dalam SSPN-i Plus diberikan sehingga RM6000 dan tambahan lagi RM6000 bagi bahagian takaful nyawa. Ini bermakna pelepasan cukai sebanyak RM12,000 setahun. Jumlah ini sudah cukup banyak membantu anda mengurangkan cukai setiap tahun.

#2 – Perlindungan Takaful Bagi 36 Jenis Penyakit Kritikal
Perlindungan takaful ikhlas merangkumi 36 jenis penyakit kritikal, antaranya adalah buta, koma, serangan jantung, kanser, penyakit hati kronik, melecur teruk, trauma kepala teruk, penyakit terminal, strok dan banyak lagi.

#3 – Tiada Pemeriksaan Kesihatan
Beruntungnya anda dengan SSPN-i Plus, ini kerana anda dan anak anda secara automatik mendapat perlindungan takaful tanpa saringan kesihatan. Berbanding dengan insuran lain, anda perlu menjalani medical check-up sebelum permohonan diluluskan.

#4 – Elaun Kemasukan Hospital
Jika anda dimasukkan ke hospital, anda layak mendapat elaun sehingga RM200 sehari bergantung kepada pakej yang anda ambil. Bayaran elaun kemasukan hospital ini sangat membantu dalam situasi kecemasan dan kesempitan. Dengan komitmen bulanan yang agak rendah, anda layak menuntut elaun masuk hospital.

#5 – Manfaat Takaful Bagi Kematian/Ilat Kekal (Kemalangan)
Sekiranya pendeposit meninggal dunia atau ilat kekal akibat kemalangan. anak layak diberikan manfaat takaful sebanyak RM40,000 sehingga RM1,000,000 bergantung kepada pakej yang diambil.

#6 – Khairat Kematian
Jika pendeposit meninggal dunia, pasangan anda dan 3 orang anak layak menuntut khairat kematian sebanyak RM2,500 seorang. Khairat kematian ini bagi membantu urusan pengebumian dan bantuan kepada keluarga pendeposit.

#7 – Dividen Kompetitif
Disamping simpanan pendidikan dan perlindungan takaful, SSPN-i Plus juga mempunyai dividen tahun yang sangat kompetitif. Dividen yang diberikan sehingga 29.5%. Simpanan anda didalam SSPN-i Plus adalah dijamin oleh Kerajaan Malaysia. Tiada risiko kerugian bagi anda.

#8 – Komitmen Serendah RM30 Sebulan
Dengan simpanan SSPN-i Plus, saya rasa semua orang mampu memberikan komitmen. Bulanan sebanyak RM30 adalah sama nilai dengan sebuah KFC Bucket Berbaloi yang tengah promosi sekarang ni. Lupakan KFC sekejap, dan laburkan dalam SSPN-i Plus anak anda.

Ada 5 pakej lain iaitu RM50, RM100, RM200, RM300 dan RM500. Bergantung kepada kemampuan anda.

#9 – Perlindungan 24 Jam Di Seluruh Dunia
Perlindungan takaful adalah 24 jam walau dimana jua anda berada. Jika anda diluar negara, dan menyimpan dalam SSPN-i Plus, anda masih dilindungi.

#10 – Cabutan Bertuah – Cabutan Wow
Menariknya, SSPN-i Plus seakan-akan Sijil Simpanan Premium BSN tetapi bezanya SSP-BSN tiada perlindungan takaful dan cabutan dibuat setiap hujung bulan. Bagi SSPN-i Plus, cabutan dibuat setiap suku tahun dan bernilai RM1,500,000. Dengan hanya menyimpan serendah RM50 sebulan, anda layak secara automatik dalam cabutan Wow ini.

Simpanan dalam SSPN-i Plus adalah patuh syariah dan pastinya dijamin oleh Kerajaan Malaysia. Jadi, memang tidak perlu risau apabila menyimpan dalam SSPN-i Plus ni. Apa yang kita perlu buat, hanya mendisiplinkan diri melakukan simpanan atau komitmen bulanan mengikut pakej yang anda ambil.

Bila akaun SSPN-i Plus boleh dibuat?

Jika anak anda dilahirkan semalam dan hari ini (1 hari) dah buat Sijil Kelahiran atau MyKID, petang hari ini sudah boleh buka akaun SSPN-i Plus untuk anak kesayangan anda.

Untuk makluman, saya adalah ejen pemasaran online yang dilantik oleh PTPTN. Sebarang pertanyaan berkenaan pembukaan akaun secara online, sila hubungi saya melalui :-

Ejen Pemasaran Online: Elih Japahar (ID: 000002268)
Alamat Email: elihjapahar@gmail.com

Atau

>> Buka Akaun SSPN-i Plus Secara Online Disini <<

One thought on “10 Sebab Anda Perlu Menyimpan Dalam SSPN-i Plus

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *