May 31, 2023

10 Perkara Penting Sebelum Memulakan Pemanduan UBER

Saya percaya ramai yang sudah mendaftar sebagai pemandu dengan UBER tetapi masih tertanya-tanya bagaimana nak mendaftar secara online. Untuk pendaftaran memandu UBER, anda boleh membaca Cara Daftar Pemandu UBER Secara Online Malaysia.

10 Perkara Penting Sebelum Memulakan Pemanduan UBER

Setelah anda mendaftar, dengan meng’upload’ gambar Kad Pengenalan (MyKAD), Lesen CDL (Bukan P/L) dan Policy Insurans Cover. Anda pelu tunggu sehingga diaktifkan. Setiap negeri mempunyai cara masing-masing untuk taklimat dan kursus awalan pemandu UBER. 

Setelah akaun anda diaktifkan, adalah menjadi satu keperluan untuk menyediakan perkara-perkara
asas seperti berikut :
1. Smartphone Yang Berkeupayaan

10 Perkara Penting Sebelum Memulakan Pemanduan UBER


Jika anda merasakan smartphone yang anda miliki mungkin agak lembab (lagging), sudah tiba masanya anda menggantikannya dengan yang lebih berkeupayaan. Pastikan anda meng’reboot’ atau “but semula” smartphone sebelum memulakan tugas pemanduan. RAM yang dibebani dengan pelbagai aplikasi yang belum ditutup akan melambatkan proses pemanduan apabila anda mula membuka tempahan. Sekurang-kurangnya sila OFFkan selama 5 minit smartphone anda dan ONkan semula setiap hari sebelum memulakan pemanduan. Ia akan melancarkan proses penukaran aplikasi semasa memandu.
2. Aplikasi Navigasi MAPS dan WAZE

10 Perkara Penting Sebelum Memulakan Pemanduan UBER


Jika anda belum mempunyai aplikasi WAZE dan Google MAPS, adalah menjadi satu kewajipan untuk anda memuat turunnya. Kedua-dua aplikasi tersebut merupakan nadi kepada pemanduan pemandu setiap hari. 99.5% pemandu mengharapkan bantuan dari aplikasi navigasi. Walaupun anda tahu secara jelas lokasi destinasi yang dituju, tanpa bantuan dari aplikasi tersebut anda tidak mungkin dapat meramalkan keadaan laluan yang dituju. Aplikasi navigasi membantu pemandu menyampaikan mesej seperti kemalangan, kesesakan atau laluan ditutup di hadapan. Dengan menggunakan aplikasi navigasi ia menjimatkan masa dan wang. Sila muat turun dan gunakan WAZE sebagai navigasi utama dan MAPS sebagai aplikasi sokongan. Jika terdapat masalah dalam penggunaan WAZE pada hari-hari tertentu, barulah beralih kepada MAPS.
3. Aplikasi Navigasi UBER

10 Perkara Penting Sebelum Memulakan Pemanduan UBER


Selain aplikasi WAZE dan MAPS yang saya sebutkan di atas, pihak UBER sendiri ada menyediakan aplikasi navigasi mereka, ia di panggil UBER NAVIGATION. Walau bagaimana pun pada pengalaman saya, ia tetap tidak dapat menandingi WAZE dan MAPS kerana ada sesetengah jalan dan kawasan belum dikemaskini pada perisian UBER NAVIGATION memandangkan ia masih baru. Jadi untuk jalan selamat, cuma gunakan WAZE dan MAPS sebagai teman navigasi sepanjang pemanduan.
4. Talian Data
Talian data sebanyak 3gig adalah mencukupi jika anda hanya menggunakannya untuk tujuan pemanduan UBER. Pilihlah plan internet yang bersesuaian dengan anda
5. Kredit Panggilan
Sila pastikan talian anda mempunyai kredit yang cukup jika menggunakan ‘prepaid’ untuk membuat panggilan. Adakalanya panggilan diperlukan untuk menghubungi Rider dalam situasi tertentu.
6. Phone Holder

10 Perkara Penting Sebelum Memulakan Pemanduan UBER


Phone holder atau pemegang handphone adalah wajib. Memandu tanpa menggunakan phone holder adalah berbahaya dan pihak UBER dapat mengesan tabiat anda yang tidak menggunakan alat tersebut. UBER mempunyai satu teknologi yang canggih yang dapat mengesan pergerakan handphone jika tidak menggunakan phone holder semasa memandu.
7. Wang Tukaran
Sebelum memandu, pastikan anda mempunyai wang tukaran yang secukupnya. Nilai-nilai wang kecil satu, lima dan sepuluh ringgit bersamaan RM50.00 adalah memadai. Jika tambang sesuatu perjalanan melibatkan sen, sila bundarkan kepada ringgit yang berdekatan seperti contoh RM15.25 sila bundarkan kepada RM15.00 atau RM16.00. UBER tidak menggunakan jumlah sen walaupun dalam perisian menunjukkannya begitu. Tetapi jika ada Rider yang berkeras untuk tetap menggunakannya, ikut sahaja permintaan mereka dan jangan timbulkan apa-apa isu.

8. TOUCH n GO / SMARTAG
Rata-rata lebuhraya di Malaysia telah menggunakan sistem pembayaran elektronik semasa melalui tol. Pastikan jumlah Touch n Go / Smartag anda mencukupi. Kebiasaannya, jumlah antara RM20 ke RM50 (Lembah Klang) untuk baki semasa adalah mencukupi untuk memandu seharian.
9. Pemakaian
UBER ada menetapkan cara pemakaian berhemah semasa memandu. Jangan pakai seluar pendek, selipar dan lain-lain keadaan yang tidak menunjukkan anda seorang yang profesional. Ada kalanya tempahan perjalanan melibatkan tempat-tempat dan orang-orang tertentu. Jadi ada baiknya berpakaian berhemah dan kemas sepanjang pemanduan.
10. Kenderaan Yang Bersih
Sila pastikan kenderaan anda sentiasa kemas dan bersih kerana ia melambangkan UBER.Gunakan penyegar udara yang tidak mengeluarkan bau yang keterlaluan. Kenderaan yang bersih dan nyaman menyumbangkan kepada rating yang lebih tinggi dari Rider. Itulah antara perkara asas yang perlu dititik beratkan sebagai seorang pemandu baru. Anda mungkin mempunyai kenalan yang juga pemandu UBER. Cuba ambil tabiat-tabiat dan tatacara pemanduan yang baik sahaja dari mereka.

5 thoughts on “10 Perkara Penting Sebelum Memulakan Pemanduan UBER

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *