10 Mitos Forex Trading Yang Ramai Orang Tersalah Faham. Ramai yang salah faham tentang Forex, kebanyakkan mereka yang berandaian negative tersebut daripada golongan Newbie atau Trader yang kurang pengalaman atau orang yang tidak pernah merasa dan mencuba untuk trade forex. Senarai 10 mitos yang saya terangkan dibawah adalah hasil pembacaan saya di laman web Moshed.com dan semua mitos ini adalah benar diperkatakan diantara mereka sehinggakan ada individu yang takut untuk mencuba trade forex.
Tanggapan dan salah faham ini perlu dibetulkan. Kalau tidak, bila lah nak maju kan? Asyik beranggapan negative saja sedangkan ilmu dan pengetahuan belum cukup untuk menilai tentang forex. Kita semua bertanggungjawab membetulkan mitos ini kepada orang lain kerana hakikat forex trading bukanlah seperti yang disangka oleh orang diluar sana.
1) Boleh Cepat Kaya
Forex Trading memerlukan kesabaran dan ilmu yang tiada penghujung. Jika anda percaya forex ini membuatkan anda cepat kaya, itu tidak begitu tepat! Ini mungkin disebabkan pengaruh pengiklanan industry forex yang mengatakan ända boleh menjana wang yang banyak”dan macam-macam lagi testimony dengan kemewahan dan kekayaan yang boleh membuatkan orang salah faham tentang forex.
2) Forex Untuk Trade Jangka Pendek Sahaja
Leverage yang besar telah menjadikan trader Scalping semakin ramai dan popular ketika ini. Namun, is bukanlah cara yang sepatitnya diutamakan. Garus diingat, trend jangka panjang matawang banyak dipengaruhi oleh factor Fundamental dan kita boleh trade trend yang panjang ini. Trader jangka panjang seperti “swinger dan position trader”selalunya lebih tenang dimana tidak perlu monitor chart terlalu kerap dan boleh mengurangkan risiko sakit jantung bagi trader yang berumur.
3) Market Forex Penipu
Market Forex penipu! Ya, perkataan ini selalu kita dengar dari trader forex yang selalu rugi. Bukan saja rugi malah lebih teruk lagi mereka salahkan broker forex yang menyebabkan kerugian mereka, padahal ianya disebabkan kelemahan mereka sendiri. Pasaran forex adalah satu pasaran kewangan yang terbesar dunia dan ianya dipengaruhi oleh banyak factor. Setiap hari berbilion hingga trillion wang bergerak dalam pasaran forex yang disebabkan perdagangan, transaksi pelaburan, pelancongan dan sebagainya. Kita sebagai trader, kita kena buat forex trading macam perniagaan, tiada yang mudah, dan pasaran forex memang berisiko. Oleh itu, kemahiran analisis dan ilmu forex mesti ada.
4) Forex Trading Scammer
Ingat lagi tak berita VenusFx yang menyebabkan kerugian sehingga RM80 juta? Sebenarnya, bukan forex yang Scam tetapi orang-orang (scammer) ini yang memburukkan nama forex. Ini sebenarnya salah sendiri jika anda di scam atas nama forex kerana tiada benda yang mudah untuk mendapatkan wang sambal goyang kaki dirumah.
5) Boleh Untuk Sepanjang Masa
Walaupun anda belajar dengan sifu-sifu forex yang lebih arif tentang forex, dan set up teknikal analisis, ianya bukan trade yang pasti dapat profit! Jangan terlalu percaya dengan cara ini, kerana tiada benda yang pasti dalam forex. Anda hanya boleh mengurangkan risiko kerugian dalam bidang ini dengan set up teknikal yang “berpotensi untung”dan bukannya “pasti untung”. Dalam forex pun ada turun naiknya, kadangkala terpaksa Stop Loss untuk mengelakkan kerugian yang terlalu banyak.
6) Boleh Dapat Profit Dengan Mudah Masa Trade News
Laporan news kadang kala memberi impak yang tinggi seperti news NFP. Ia boleh menyebabkan anda rasa yakin, “boleh buat untung banyak ni”, namun trade news ni agak complicated kerana pergerakkannya yang laju pasa masa laporan news itu dikeluarkan, melainkan anda membuat analisis yang lengkap dari segi factor teknikal dan fundamental.
7) Lebih Banyak Trade. Lagi Bagus
Untuk konsistenkan profit setiap hari memang agak susah! Anda pasti terfikir, kalau trade sekali sehari pun boleh buat untung, maknanya dengan trade sehari sebanyak 10 kali boleh maksimumkan keuntungan. Hakikatnya, kita perlu meminimumkan trade dan focus kepada beberapa pasangan matawang (currency pair) yang kita faham sahaja. Ia lebih membuahkan hasil kecuali anda adalah trader yang berpengalaman dan focus teknik Scalping.
8) Lebih Kompleks Teknik Itu, Lagi Bagus
Trader selalunya bermula dengan teknik yang ‘simple’dan mendapat hasil yang kecil. Oleh itu, mereka menganggap jika teknik ‘simple’itu tadi ditambah dengan indicator dan lebih banyak factor, mereka boleh meningkatkan profit. Ia tidak selalunya seperti ini, daripada focus kepada menambah indicator, baik anda focus kepada ‘teknik simple’itu dan beri perhatian kepada fundamental dan pengurusan risiko.
9) Ilmu Forex Boleh Dikuasai Dalam Masa Singkat
Tiada benda yang mudah didunia ini. Ilmu tak akan pernah habis untuk ditimba. Ilmu boleh mengurangkan risiko kerugian, tetapi untuk menguasainya 100% adalah mustahil. Apa kata anda cuba dulu trade forex menggunakan akaun demo dan berlatih bagaimana penguasaan ilmu forex anda tu? Jika anda sudah ada keyakinan, buatlah akaun real dan trade like a pro!
10) Sukar Menjana Wang Dari Forex Trading
Trade forex tidak begitu sukar jika anda terus berusaha dalam bidang ini. Dapatkan ilmu yang banyak, berusaha mendisiplinkan diri dan paling penting mempunyai seorang mentor yang terbukti berjaya dalam forex trading. Dapatkan mentor yang betul dan harus diingat, kejayaan memerlukan sedikit pengorbanan. Mungkin wang untuk menimba ilmu, mungkin juga masa dan sebagainya. Ramai trader yang berjaya di Malaysia ini. Anda boleh follow mereka dan belajar panduan dan perkongsian yang mereka berikan. Ilmu tak semuanya percuma, tapi berbaloi untuk di laburkan semula.
Semoga bermanfaat!
Sumber rujukan: Moshed.com
mantabs nech ulasan, thanks bro….untuk rangkuman masa depan
pernah try masa zaman beljar kat u dulu.. akaun demo ja, member ajar..