10 Kelebihan Menyertai Program Affiliate | Tidak dinafikan, kemajuan dan kecanggihan teknologi siber sekarang ini banyak membantu kita dalam mengembangkan perniagaan secara atas talian (online). Banyak perniagaan yang sebelum ini yang hanya ditemui di supermarket, pasaraya, tepi jalan, tamu-tamu, malahan ada yang berniaga di rumah sendiri telah beralih kepada perniagaan atas talian. Ini kerana cara ini lebih mudah dan lebih luas pasarannya.
Affiliate marketing adalah bermaksud ‘menjual produk orang lain’. Cara ini memang sudah lama ada cuma tak ramai yang mengambil peluang untuk menjana pendapatan sampingan melalui program affiliate ini. Kebanyakkan laman web ecommerce sekarang ini menawarkan program affiliate untuk mereka yang mahu menjana pendapatan melalui komisen yang diberikan. Antara program affiliate yang korang boleh sertai adalah laman web jualan produk pakaian, makanan, produk elektronik, jualan ebook, tempahan tiket penerbangan/bas/lrt dan tempahan hotel.
Siapa Yang Boleh Menyertai Program Affiliate?
Program affiliate ini sangat sesuai untuk dibuat secara sepenuh masa atau separuh masa, pelajar IPTA/IPTS, graduate yang belum ada pekerjaan, surirumah, pekerja swasta, penjawat awamProgram affiliate ini boleh dibuat sekiranya anda mempunyai minat ‘berkongsi maklumat’. Daripada perkongsian itu, anda sudah menjadi seperti seorang enfluencer kepada orang lain atau mempengaruhi orang lain untuk membeli produk yang anda kongsikan kebaikan dan manfaatnya. Link affiliate bagi produk akan diberikan kepada anda, sekiranya rakan anda berminat dan membeli melalui link affiliate anda, anda akan diberikan komisen bermula dari 5% hingga 70% per jualan.
10 Kelebihan Menyertai Program Affiliate
Tahukah anda, usahawan internet di luar sana boleh hidup kaya raya hanya dengan menjual produk orang lain atau dipanggil sebagai affiliate. Mari kita ketahui beberapa kelebihan menyertai program affiliate ini.
- Tidak perlu menghasilkan produk sendiri. Kita sebagai affiliater hanya jual secara online tanpa produk. Kita bantu pemilik produk untuk jual produk mereka dan kita akan diberikan komisen.
- Tanpa modal. Ya, program affiliate adalah percuma. Yang anda perlukan hanya akaun facebook, twitter, instagram, blog atau whatsapp. Data internet anda bayarlah sendiri ya..hehe..
- Tidak perlu berhadapan dengan pelanggan. Ya, link affiliate akan diberikan, jadi apa yang anda perlu buat adalah promote produk tersebut menggunakan link affiliate di internet sahaja. Ia boleh dilakukan melalui facebook, twitter, blog, atau media social yang lain.
- Tidak perlu memikirkan tentang urusan jualan, pembungkusan dan penghantaran. Segala urusan berkaitan pembelian, pembungkusan dan penghantaran produk yang anda jual melalui link affiliate anda adalah tanggungjawab sepenuhnya oleh pemilik produk.
- Komisen yang diberikan biasanya 5%-20% (laman web ecommerce), 5%-10% (tempahan hotel dan tiket), 50%-70% (jualan ebook).
- Potensi menjana 3 hingga 5 angka sebulan. Kerajinan dan kekonsistenan anda untuk promote produk tersebut adalah kunci kejayaan kepada nilai komisen yang anda jana setiap bulan.
- Duit komisen boleh dijana walaupun ketika tidur, bercuti dan sedang bekerja. Apa yang anda perlu lakukan adalah promote melalui blog, jika artikel anda berapa pada mukasurat pertama atau kedua enjin carian google, kebarangkalian artikel anda dibaca lebih tinggi.
- Pendaftaran percuma. Kebanyakkannya pendaftaran program affiliate adalah percuma. Jika ada yuran sepanjang hayat dengan pembayaran sekali sahaja, itu bukan program affiliate tetapi program dropship.
- Tidak memerlukan kepakaran menjual produk. Pilihlah produk mana yang dirasakan sesuai untuk dipromosikan secara online, hanya dengan share link affiliate produk tersebut anda sudah boleh menjana komisen sekiranya orang tersebut membuat pembelian.
- Bekerja dari rumah. Jana pendapatan sampingan hanya bekerja dari rumah, sangat sesuai untuk pelajar dan suri rumah yang mahu menambah income dan menampung perbelanjaan di kolej/university. Sesuai untuk sesiapa saja, ianya mudah untuk dilakukan hanya dari rumah.
Ada banyak lagi kelebihan yang mungkin tidak tersenarai disini. Inilah sebabnya semakin lama, semakin ramai yang menyertai program affiliate sekarang ni. Jika tahu cara yang betul, pastinya anda akan berjaya menjana komisen sehingga 6 angka dengan mudah.
Saya kongsikan dengan anda panduan affiliate yang simple tapi power hasil penulisan salah seorang top affiliate di Malaysia iaitu Tuan Oswald Justin yang pernah menjana pendapatan melalui program affiliate sehingga 5 angka.
Mahu mengetahui teknik dan cara yang beliau gunakan? baca Panduan Affiliate Simple Tapi Power ini..
Saya rasa nak cuba macam bro buat.. Super best
Tak rugi join affiliate ni. Ada macam2 program affiliate leh cuba. Lagipun free je. Antara income online yang best untuk dilakukan.
Nice sharing elih…
wow menarik ye affiliate ni
Kalau ada kepakaran, lebih senang untuk dapatkan jualan sebenarnya 🙂