10 Keistimewaan SSPN-i Plus | Sebagai Ejen Pemasaran Online (EPO) SSPN-i Plus, saya akan terangkan sekali lagi, dan mungkin berulang-ulang kali tentang kelebihan dan keistimewaan menabung dengan SSPN-i Plus ini.
Saya percaya, ramai ibubapa yang sudah memahami konsep simpanan pendidikan dan perlindungan takaful SSPN-i Plus ini. Menariknya, simpanan pendidikan anak atau diri sendiri ini melindungi kita(pendeposit) dan anak-anak.
Keistimewaan SSPN-i Plus
Disamping melindungi Pendeposit, SSPN-i Plus juga mempunyai 10 keistimewaan yang HARUS anda tahu.
Antara 10 Keistimewaan SSPN-i Plus adalah:
1. Simpanan Dijamin Kerajaan Malaysia
2. Dividen Kompetetif
3. Pelepasan Taksiran Cukai Sehingga RM12,000
4. Khairat Kematian Termasuk Pasangan dan Sehingga 3 Orang Anak
5. Elaun Kemasukan Hospital
6. Manfaat Takaful Bagi 36 Jenis Penyakit
7. Manfaat Perlindungan Takaful Sehingga RM1,000,000 (Pakej Berlian)
8. Tiada Pemerikaan Kesihatan
9. Komitmen Simpanan Bulanan Serendah RM30 Sebulan
10. Layak Memohon Pinjaman PTPTN
Rasanya dengan 10 keistimewaan saja pun dah memadai untuk membezakan kelebihan SSPN-i Plus dengan simpanan-simpanan lain. Nampak dengan jelas tujuan SSPN-i Plus ini adalah untuk menjamin masa depan pendidikan anak-anak kita.
Lebih menarik, SSPN-i Plus juga menyediakan Cabutan Wow 3 kali setahun. Untuk sesi 2016/17 saja pun sebanyak RM1,500,000 diperuntukkan untuk cabutan wow ini. Bernasib baik, anda mungkin salah seorang pemilik Honda Jazz, Proton Perdana, Apartment maupun RM2,000 tunai setiap cabutan.
Bacalah entry berkaitan dibawah untuk lebih memahami simpanan SSPN-i Plus..
- Cara Buka Akaun SSPN-i Plus Secara Online
- Cara Semak Penyata Akaun SSPN-i Plus
- Cabutan WOW! SSPN-i Plus 2016/17
- Kemudahan Simpanan SSPN-i Plus Secara Online Menggunakan Maybank2u
- Perbandingan SSPN-i Plus Dengan Produk Kewangan Lain
- Penabungan Anak Seawal Usia Sehari Dengan SSPN-i Plus
- Banyak Kelebihan Menabung Dengan SSPN-i Plus
Jadilah ibubapa yang bijak untuk masa depan anak-anak anda. Cara membuka akaun SSPN-i Plus ada saya terangkan pada entry diatas. Ikuti langkah demi langkah, dan jika ada kekeliruan sila komen dibawah atau hubungi saya.
Selamat menabung!
nanti cik akak nak buka akaun nie la…tunggu ada warisan genetik sendiri..haha
Saya memang nak bukak satu untuk Anak2
Bagus kan utk anak2…nnti boleh buka
Terbaik planning tu Cik Akak 😀
Seeloknya begitu tuan Hanafi.
Betul ! Bagus untuk masa depan anak2 dan melindungi kita
Dah boleh bukak akaun sspn nie tuk anak saya.. tq info yang berguna nie
Sama2, usia sehari pun dah boleh bukak sspn-i plus ni..