Sejak beberapa bulan ini, ramai yang mencari broker saham yang terbaik. Mungkin ini lonjakan permintaan pembukaan akaun saham (CDS) dimana terdapat lebih daripada 10 nama saham yang mencapai keuntungan 100% dalam tempoh 6 bulan ini. Fenomena ini amat baik buat kita semua, melabur dalam saham bursa Malaysia adalah pilihan tepat jika mahu keuntungan berganda selain daripada ASB, Unit Trust dan sebagainya.
Perlu diingat! melabur saham bukan untuk platform pendapatan tambahan bulanan. Pelaburan adalah lebih kepada pelaburan jangka masa yang panjang. Jika anda mahu pendapatan tambahan bulanan, lebih baik buat bisnes sampingan, jangan main saham.
10 Broker Saham Patuh Syariah Di Malaysia
Disini, saya kongsikan dengan anda 10 broker saham yang patuh syariah di Malaysia. Anda bolehlah memilih broker saham mana yang sesuai dengan anda.
- Affin-Hwang Investment Bank (Window)
- AmInvestment Bank (Window)
- BIMB Securities Sdn Bhd (Full-Fledged)
- CIMB Investment Bank (Window)
- Hong Leong Investment Bank (Window)
- Jupiter Securities Sdn Bhd (Window)
- Kenanga Investment Bank (Window)
- Malacca Securities Sdn Bhd (Window)
- Maybank Investment Bank (Window)
- RHB Investment Bank (Window)
Pelaburan saham bukan seperti buat loan, atau simpanan namun kita perlu pilih yang patuh syariah juga jika pelaburan mahu dibezakan dengan yang bukan patuh syariah. Antara perbezaan non-islamic broker dan islamic broker adalah:
- Margin transaction tidak dibenarkan
- Hanya kaunter halal sahaja dibenarkan jual beli saham
- Zero interest keatas duit yang kita simpan dalam Trading Account
Itulah perbezaannya…
Dah buka akaun CDS (Central Depository Service) belum?? kalau dah, bolehlah analisis saham mana yang berpotensi untuk dilaburkan. Jika belum, boleh hubungi mana-mana broker diatas atau baca cara buka akaun CDS di sini.
Perlukan panduan analisa jual beli saham? baca panduan ini – Sistem Saham